
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Dato IR Lo Khere Chiang, meluangkan masa melawat ahli jawatankuasa cawangan beliau sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Beliau berkata, lawatan itu bertujuan memberikan sentuhan peribadi serta menghargai sokongan berterusan yang diberikan oleh ahli-ahli cawangan sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Dalam program tersebut, Lo turut mengadakan kunjungan ke atas Pengerusi Publisiti dan Penganjuran cawangan, Gerald Goh, sebagai sebahagian daripada siri lawatan sempena perayaan.
Menurutnya, sokongan padu daripada ahli-ahli cawangan amat penting dalam membantu beliau melaksanakan tugas dan menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di kawasan yang diwakilinya.
Katanya, dengan perpaduan dan kerjasama erat dalam cawangan, banyak perkara dapat dicapai demi kepentingan masyarakat.
Oleh Connie Chieng