Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Projek jalan pesisir, Jambatan Batang Lupar 2 pacu pembangunan Bandar Simanggang
  • SEMASA

Projek jalan pesisir, Jambatan Batang Lupar 2 pacu pembangunan Bandar Simanggang

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran JKKK Kampung Cina Munggu Sabun dengan kerjasama Wanita SUPP Cawangan Simanggang dan Line Dance Club, dekat sini semalam. Foto: ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Bandar Simanggang dijangka mengalami perubahan ketara apabila rangkaian jalan raya pesisir pantai yang menghubungkan beberapa kawasan utama siap sepenuhnya seiring dengan siapnya projek Jambatan Batang Lupar 2, Mei tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, projek berkenaan akan memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi dan kemudahan perhubungan penduduk di kawasan tersebut

Menurut Harden, selain projek jambatan berkenaan, pembinaan Jalan Brayun–Basi yang menghubungkan Bandar Simanggang turut memberi manfaat kepada sekitar 10 rumah panjang dan dua sekolah rendah di sepanjang laluan tersebut sebelum bersambung terus ke Lebuh Raya Pan Borneo di Kampung Stuga.

DATUK Francis Harden Hollis pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran JKKK Kampung Cina Munggu Sabun dengan kerjasama Wanita SUPP Cawangan Simanggang dan Line Dance Club, dekat sini semalam. Foto: ADUN Simanggang

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Cina Munggu Sabun dengan kerjasama Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang dan Line Dance Club, dekat sini semalam.

Harden menambah, pembangunan turut melibatkan pekan Batu Lintang yang bakal menempatkan 10 lot kedai baharu termasuk tamu harian menerusi projek Pusat Khidmat Batu Lintang di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) dengan kos projek sekitar RM15 juta.

DATUK Francis Harden Hollis pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran JKKK Kampung Cina Munggu Sabun dengan kerjasama Wanita SUPP Cawangan Simanggang dan Line Dance Club, dekat sini semalam. Foto: ADUN Simanggang

Dalam pada itu, kerajaan Sarawak juga terus mengorak langkah membawa pembangunan moden melalui pengukuhan ekonomi digital bagi memastikan negeri ini berada di landasan kukuh menuju masa depan yang lebih maju.

Pada majlis tersebut, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut mengumumkan kelulusan peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) 2026 berjumlah RM3,000 kepada Line Dance Club dan RM5,000 kepada badan induk JKKK Kampung Cina Munggu Sabun bagi menyokong aktiviti komuniti setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Komitmen anggota bomba Sarawak dipuji, empat individu terima Sijil Hero Bomba
Next: MA63 asas keadilan fiskal, perpaduan negara – Dato’ Ahmad Ibrahim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.