Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Komitmen anggota bomba Sarawak dipuji, empat individu terima Sijil Hero Bomba
  • SEMASA

Komitmen anggota bomba Sarawak dipuji, empat individu terima Sijil Hero Bomba

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERHIMPUNAN Bulanan Bulan Februari 2026 JBPM Sarawak yang berlangsung penuh semangat di BBP Siburan hari ini. Foto: JBPM Negeri Sarawak

SIBURAN: Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Jamri Masran, menzahirkan penghargaan mendalam atas komitmen dan dedikasi seluruh warga jabatan dalam memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara.

Dalam Perhimpunan Bulanan Bulan Februari 2026 yang berlangsung penuh semangat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan hari ini, Jamri menekankan peranan penting setiap anggota dalam menangani pelbagai ancaman kebakaran dan bencana.

“Komitmen dan dedikasi anda semua adalah tunjang utama kepada keselamatan rakyat Sarawak,” katanya dalam amanat yang disempurnakan oleh beliau.

PERHIMPUNAN Bulanan Bulan Februari 2026 JBPM Sarawak yang berlangsung penuh semangat di BBP Siburan hari ini. Foto: JBPM Negeri Sarawak

Beliau turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dan Selamat Berpuasa kepada pegawai serta anggota yang meraikan perayaan tersebut, menambah suasana harmoni dalam perhimpunan.

Detik bermakna turut disaksikan apabila empat individu menerima Sijil Hero Bomba atas keberanian mereka memadam kebakaran di dua lokasi berbeza. 

Dua penerima daripada Shell Zuna Enterprise membantu padam kebakaran kereta di Jalan Kuching-Samarahan Expressway pada 6 Februari lalu, manakala dua lagi pekerja CCK bertindak pantas memadam kebakaran bangunan di Siburan 9 April 2025. 

PERHIMPUNAN Bulanan Bulan Februari 2026 JBPM Sarawak yang berlangsung penuh semangat di BBP Siburan hari ini. Foto: JBPM Negeri Sarawak

“Keberanian mereka membuktikan semangat kesukarelawanan dan kerjasama erat antara masyarakat dengan pihak bomba,” tambah Jamri.

Selain itu, Sijil Perakuan Bomba (F.C) diserahkan kepada wakil Residen Serian, Jeffrie Valentine Buku, sebagai pengiktirafan terhadap pematuhan dan komitmen keselamatan kebakaran.

Majlis dihadiri Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Tiong Ling Hii, serta Ketua Zon 2 Samarahan, Gawai John, yang turut menyokong semangat kolektif jabatan ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lei Cha meriahkan sambutan ‘Ren Ri’
Next: Projek jalan pesisir, Jambatan Batang Lupar 2 pacu pembangunan Bandar Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.