Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lei Cha meriahkan sambutan ‘Ren Ri’
  • SEMASA

Lei Cha meriahkan sambutan ‘Ren Ri’

Utusan Sarawak 7 hours ago
HADIR…Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Lee Kim Shin semasa hadir merasmikan program  penyediaan Lei Cha tersebut.

MIRI: Hidangan tradisional Hakka, Lei Cha menjadi tarikan utama dalam sambutan ‘Ren Ri’ atau Hari Manusia yang diadakan oleh Seksyen  Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kecil Riam di sini  hari ini.

Program penyediaan Lei Cha tersebut menghimpunkan ahli parti serta masyarakat setempat yang bersama-sama menikmati hidangan berasaskan sayur-sayuran, kacang dan teh herba yang ditumbuk halus, yang sinonim dengan budaya masyarakat Hakka.

HADIR…Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Lee Kim Shin semasa hadir merasmikan program  penyediaan Lei Cha tersebut.

Program berkenaan dirasmikan oleh  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Lee Kim Shin.

Penyediaan Lei Cha itu merupakan sebahagian daripada usaha memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina selain mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Petronas Chemicals catat rugi bersih RM2.14 bilion bagi tahun kewangan 2025
Next: Komitmen anggota bomba Sarawak dipuji, empat individu terima Sijil Hero Bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.