Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak masih tunggu kelulusan Parlimen tambah kerusi DUN kepada 99
  • SEMASA

Sarawak masih tunggu kelulusan Parlimen tambah kerusi DUN kepada 99

Utusan Sarawak 9 hours ago
TIMBALAN Speaker DUN Sarawak, Dato’ Idris Buang ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan Desa Ilmu, Kota Samarahan, hari ini. Foto Masrin Affirah

KOTA SAMARAHAN: Cadangan penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak daripada 82 kepada 99 masih menunggu kelulusan Parlimen.

Menurut Timbalan Speaker DUN Sarawak, Dato’ Idris Buang, Rang Undang-Undang (RUU) berhubung perkara tersebut telah diluluskan di peringkat DUN Sarawak dan kini tertakluk kepada proses kelulusan di Parlimen sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan.

“Saya rasa Parlimen harus kajikan dan timbangkan sebaik-baiknya kerana Sarawak telah meningkat dari segi populasi dan permintaan terhadap pembangunan serta perkhidmatan wakil rakyat juga bertambah.

“Keluasan Sarawak serta keperluan pembangunan, khususnya di kawasan luar bandar, memerlukan pertambahan wakil rakyat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan lebih berkesan.

“Kita masih mempunyai banyak kawasan luar bandar yang memerlukan pembangunan seperti jalan raya, hospital dan sekolah yang ingin ditambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan Desa Ilmu, di sini, hari ini.

Tambah beliau, penambahan jumlah kerusi DUN akan membolehkan pengagihan pembangunan dilaksanakan dengan lebih saksama dan memberi impak lebih besar kepada rakyat di seluruh negeri.

“Apabila wakil rakyat dapat diwujudkan lebih ramai sehingga 99 kerusi, pengagihan pembangunan akan menjadi lebih seimbang dan memberi impak yang lebih efektif kepada rakyat.

“Keputusan untuk menambah kerusi DUN telah dibuat secara rasmi oleh DUN Sarawak dan kini hanya memerlukan kelulusan Parlimen untuk dilaksanakan.

“Kita sudah luluskan RUU di DUN dan ia telah menjadi keputusan rasmi. Mengikut Perlembagaan, kita perlu mendapatkan kelulusan Parlimen dan proses itu seharusnya tidak menjadi halangan,” jelasnya.

Beliau turut berharap Parlimen Malaysia dapat mempertimbangkan keperluan Sarawak dengan sewajarnya memandangkan penambahan kerusi tersebut penting bagi memenuhi keperluan pembangunan negeri.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan sebelum kelulusan tersebut diperoleh, jumlah kerusi yang dipertandingkan kekal sebanyak 82.

“Jika PRN berlaku sebelum kelulusan itu, maka jumlahnya kekal 82 kerusi, namun keputusan mengenai masa pilihan raya adalah bergantung kepada kebijaksanaan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” ujarnya.

Untuk rekod, cadangan penambahan kerusi DUN Sarawak daripada 82 kepada 99 dibuat menerusi RUU Komposisi Keanggotaan DUN 2025 yang telah diluluskan pada persidangan khas DUN Sarawak pada Julai tahun lalu. 

Penambahan sebanyak 17 kerusi baharu itu bertujuan memperkukuh sistem perwakilan rakyat sejajar dengan pertambahan populasi, jumlah pengundi serta keluasan geografi Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar.

Kali terakhir jumlah kerusi DUN Sarawak ditambah adalah pada 2015 apabila bilangan kerusi meningkat daripada 71 kepada 82 selepas mendapat kelulusan Parlimen, sekali gus membolehkan liputan perkhidmatan wakil rakyat diperluaskan di seluruh negeri.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 6.2 gegarkan selatan Kepulauan Fiji
Next: Pertandingan Pintu Gerbang Hari Raya 2026, tawaran hadiah RM5,000 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.