Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis gempur judi holo di ladang sawit Jalan Awik, seorang lelaki ditahan
  • Selatan
  • WILAYAH

Polis gempur judi holo di ladang sawit Jalan Awik, seorang lelaki ditahan

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEORANG lelaki tempatan berusia 22 tahun diberkas manakala beberapa peralatan perjudian dirampas dalam serbuan Op Limau yang dijalankan oleh BSJD IPD Saratok, petang tadi. Foto: IPD Saratok

​SARATOK: Kelicikan sekumpulan kaki judi yang cuba berselindung di sebalik rimbunan ladang sawit di Jalan Awik akhirnya membawa padah apabila kawasan tersebut digempur sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, petang tadi.

​Serbuan yang dijalankan sekitar 2.20 petang itu merupakan sebahagian daripada penguatkuasaan Op Limau yang giat dijalankan bagi membanteras aktiviti perjudian haram di kawasan daerah tersebut.

​Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie mengesahkan operasi yang diketuai oleh Inspektor Henry Muji itu berjaya menghidu aktiviti mencurigakan di sebuah kawasan tanah lapang di dalam ladang berkenaan.

SEORANG lelaki tempatan berusia 22 tahun diberkas manakala beberapa peralatan perjudian dirampas dalam serbuan Op Limau yang dijalankan oleh BSJD IPD Saratok, petang tadi. Foto: IPD Saratok

​Setibanya di lokasi, pasukan serbuan mendapati sekumpulan lelaki sedang leka berkumpul di sekeliling sebuah meja, dipercayai sedang rancak mempertaruhkan nasib dalam permainan judi jenis ‘Holo’.

​Suasana yang mulanya tenang bertukar kecoh apabila kehadiran pihak berkuasa disedari, menyebabkan kumpulan terbabit bertempiaran lari ke dalam kawasan semak bagi mengelakkan diri daripada ditahan.

​Walaupun cuba meloloskan diri, tindakan pantas anggota polis mengejar suspek membuahkan hasil apabila seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun berjaya diberkas di lokasi kejadian.

SEORANG lelaki tempatan berusia 22 tahun diberkas manakala beberapa peralatan perjudian dirampas dalam serbuan Op Limau yang dijalankan oleh BSJD IPD Saratok, petang tadi. Foto: IPD Saratok

​Suspek yang beralamat dari Taman Malihah, Kuching itu kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

​Polis turut merampas pelbagai peralatan perjudian antaranya satu unit kong holo, kain putih dengan lukisan animasi judi, buah dadu, serta sebuah meja dan kerusi yang digunakan dalam aktiviti haram tersebut.

​Selain peralatan, pihak polis turut menyita wang tunai berjumlah RM560 yang dipercayai merupakan wang pertaruhan hasil daripada aktiviti perjudian yang telah berlangsung sebelum serbuan dilakukan.

​DSP Mathew Manggie menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian dan operasi pemantauan akan terus diperketatkan sepanjang musim perayaan ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sarawak proaktif kawal tibi, Bintulu miliki mesin X-ray mudah alih pertama negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.