Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Trump ikrar tarif baharu 10% selepas Mahkamah Agung batal tarif global
  • BISNES

Trump ikrar tarif baharu 10% selepas Mahkamah Agung batal tarif global

Utusan Sarawak 15 hours ago
DONALD Trump. Foto AFP

WASHINGTON: Donald Trump berikrar mengenakan tarif tambahan 10 peratus ke atas semua import ke Amerika Syarikat selepas Supreme Court of the United States membatalkan sebahagian besar tarif global yang diperkenalkannya.

Mahkamah tertinggi itu dalam keputusan 6-3 memutuskan undang-undang 1977, Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA), tidak memberi kuasa kepada presiden untuk mengenakan tarif secara menyeluruh.

Trump yang berang menuduh tanpa bukti mahkamah dipengaruhi kepentingan asing dan menyifatkan keputusan itu sebagai “memalukan”.

Beliau bagaimanapun menegaskan akan menggunakan peruntukan undang-undang lain untuk melaksanakan tarif seragam 10 peratus dan mendakwa keputusan itu menjadikannya “lebih berkuasa”.

Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent berkata langkah alternatif itu dijangka mengekalkan hasil tarif pada 2026.

Keputusan berkenaan tidak menjejaskan tarif khusus ke atas keluli, aluminium dan barangan lain.

Namun ia dianggap tamparan terbesar buat Trump di Mahkamah Agung sejak kembali ke Rumah Putih.

Mahkamah sebelum ini dalam kes Trump lwn Amerika Syarikat memutuskan Trump kebal daripada pendakwaan bagi tindakan rasmi ketika penggal pertamanya.

Model bajet Universiti Pennsylvania menganggarkan sehingga AS$175 bilion bayaran balik mungkin perlu dibuat jika tarif diisytihar tidak sah.

Gabenor California, Gavin Newsom menuntut bayaran balik segera kepada rakyat, manakala Senator Elizabeth Warren berkata tiada mekanisme jelas untuk pengguna menuntut semula wang.

Rakan dagang utama termasuk Kesatuan Eropah, Britain dan Kanada kini menilai implikasi keputusan itu. – AFP

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Apa seterusnya berlaku selepas keputusan tarif Mahkamah Agung Amerika Syarikat?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.