Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lima maut, kenderaan terjunam ke dalam sungai di utara Afghanistan
  • GLOBAL

Lima maut, kenderaan terjunam ke dalam sungai di utara Afghanistan

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEBUAH kenderaan dilaporkan terbabas dari Jambatan Tishkan sebelum terjunam ke dalam sungai di Badakhshan. Foto hiasan.

KABUL: Sekurang-kurangnya lima maut apabila kenderaan yang mereka naiki terjunam ke dalam sungai di Wilayah Badakhshan, utara Afghanistan pada Sabtu, lapor Xinhua memetik kenyataan polis tempatan.

Jurucakap polis wilayah, Ehsanullah Kamgar berkata, nahas itu berlaku apabila kereta berkenaan terbabas akibat pemanduan melulu lalu terjatuh dari Jambatan Tishkan ke dalam sungai di bawahnya.

Tragedi terbaharu itu menyusul selepas dua kemalangan jalan raya berasingan di Daerah Kishim dalam wilayah yang sama pada Jumaat, yang menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera.

Kemalangan jalan raya maut kekal menjadi ancaman berterusan di seluruh Afghanistan, yang sering disebabkan oleh keadaan jalan raya dan pemanduan melulu.

Risiko ini amat meruncing di wilayah bergunung-ganang seperti Badakhshan, di mana bentuk muka bumi yang mencabar dan infrastruktur terhad memaksa kebanyakan komuniti bergantung kepada pengangkutan sungai yang berbahaya. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lima maut, 20 hilang selepas bot migran karam di selatan Pulau Crete, Greece

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.