Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak proaktif kawal tibi, Bintulu miliki mesin X-ray mudah alih pertama negara
  • Selatan
  • WILAYAH

Sarawak proaktif kawal tibi, Bintulu miliki mesin X-ray mudah alih pertama negara

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, bercakap kepada pemberita selepas Program Agihan Bubur Lambuk Bersama Komuniti Sempena Ramadan 2026 di Pasar Komuniti Stutong, hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Sarawak kekal proaktif dalam mengawal penyakit tibi atau tuberculosis kerana pendekatan berterusan serta kesedaran tinggi bahawa penyakit itu masih endemik di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kawalan terhadap tibi di Sarawak sentiasa berada pada tahap terkawal kerana petugas kesihatan di negeri ini tidak pernah memandang ringan ancaman penyakit berkenaan.

Menurut beliau, tibi sering disalah anggap sebagai penyakit lain kerana simptomnya yang menyerupai pelbagai penyakit biasa, sekali gus menyebabkan ia dikesan lewat di sesetengah tempat.

“Di Sarawak, kita sentiasa fikir tentang TB kerana kita tahu ia endemik dan sentiasa ada. Kalau kita tidak fikir tentangnya, bila sedar sahaja ia sudah menjadi wabak dan ketika itu perlu lakukan pengesanan kontak secara besar-besaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Agihan Bubur Lambuk Bersama Komuniti Sempena Ramadan 2026 di Pasar Komuniti Stutong, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Sim mendedahkan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu kini memiliki mesin X-ray mudah alih pertama di negara ini yang membolehkan saringan dilakukan terus ke kawasan pedalaman termasuk rumah panjang.

Katanya, empat unit mesin tersebut diperoleh menerusi tajaan syarikat swasta, Press Metal, dengan kos keseluruhan sekitar RM2 juta.

“Dengan mesin ini, pasukan kesihatan tidak perlu lagi membawa pesakit dari rumah panjang ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan. Mereka boleh turun padang, lakukan saringan di lokasi dan mengambil tindakan segera termasuk pengasingan jika perlu,” jelasnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan kesihatan di Bintulu yang bukan sahaja mempelopori penggunaan teknologi tersebut, malah menjalankan penyelidikan dan penerbitan ilmiah bagi berkongsi dapatan dengan komuniti perubatan lebih luas.

“Walaupun kita berada di Borneo, kita tetap mampu menyumbang ilmu kepada dunia,” ujarnya.

Dr Sim menegaskan pendekatan turun padang menggunakan teknologi mudah alih itu membuktikan komitmen Sarawak dalam memastikan pengesanan awal dilaksanakan secara lebih menyeluruh, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Oleh Adele Rissa

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Reka bentuk bangunan PERKIM Limbang diteliti, penuhi keperluan semasa
Next: Polis gempur judi holo di ladang sawit Jalan Awik, seorang lelaki ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.