Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tarian singa jadi jambatan perpaduan antara kaum di Saratok
  • Selatan
  • WILAYAH

Tarian singa jadi jambatan perpaduan antara kaum di Saratok

Utusan Sarawak 8 hours ago
MOHAMAD Duri semasa melakukan kunjungan Tahun Baharu Cina di sekitar Saratok, baru-baru ini. Foto: ADUN Kalaka.

SARATOK: Tarian singa, sebuah seni tradisi yang sinonim dengan masyarakat Cina, kini menjadi lambang perpaduan kaum di Saratok apabila ia turut dipersembahkan oleh pelbagai etnik lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, menekankan bahawa tarian singa bukan lagi eksklusif untuk komuniti Cina, sebaliknya ramai daripada kaum lain juga mahir dan aktif menyertai persembahan ini.

“Persembahan tarian singa ini tidak hanya melibatkan komuniti Cina sahaja. Kaum lain di Saratok turut serta, menjadikannya satu keunikan budaya daerah ini,” kata beliau semasa menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina di sekitar Saratok, baru-baru ini.

SENI tradisi tarian singa terus dimartabatkan sebagai medium perpaduan dan tarikan budaya dalam kalangan masyarakat Saratok.

Menurut Mohamad Duri, sambutan Tahun Baharu Cina yang dihadiri pelbagai kaum serta pasukan tarian singa yang berbilang etnik menunjukkan keharmonian dan persefahaman antara kaum. 

“Kadang-kadang kita tidak terasa asing dengan kaum lain kerana hubungan rapat yang terbina melalui aktiviti budaya seperti ini,” ujarnya.

Beliau turut mencadangkan agar tarian singa dipersembahkan semasa perayaan lain seperti Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri, bagi menambah kelainan dan menjadikannya sebagai tarikan budaya.

“Usaha ini bukan sahaja memartabatkan tarian singa dan menyemai minat generasi muda terhadap tradisi, tetapi juga menjadi platform untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak,” tambah Mohamad Duri.

MOHAMAD Duri menyaksikan persembahan tarian singa berbilang etnik yang menjadi simbol perpaduan masyarakat di Saratok.

Dari sudut perpaduan, Sarawak di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) dipuji sebagai contoh terbaik kerajaan perpaduan, di mana rakyat pelbagai kaum hidup harmoni, menerima antara satu sama lain, dan menghormati nilai budaya masing-masing.

Dengan usaha memartabatkan seni tradisi seperti tarian singa, Saratok bukan sahaja mengekalkan warisan budaya tetapi juga membina jambatan perpaduan antara komuniti yang berbilang kaum, menjadikannya contoh kecemerlangan sosial dan budaya negeri Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kepelbagaian budaya perkukuh perpaduan, jamin keharmonian berpanjangan
Next: Pertandingan Pintu Gerbang DUN Lingga tawar hadiah RM5,000 bergelar juara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.