Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kren tumbang: Dua notis larangan dikeluarkan, operasi tapak bina dihentikan serta-merta
  • TEMPATAN

Kren tumbang: Dua notis larangan dikeluarkan, operasi tapak bina dihentikan serta-merta

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEMALANGAN… Sebuah kren tumbang dan menghempap dua rumah di Lorong Stutong Baru 4, baru-baru ini, menyebabkan kerosakan teruk pada kediaman berkenaan.

KUCHING: Dua notis larangan telah dikeluarkan terhadap pihak pengurusan tapak bina dan semua operasi pembinaan di dihentikan serta-merta susulan insiden kren jenis rough terrain tumbang dan menghempap dua rumah di tapak pembinaan di Stutong Baru pada 12 Februari lalu.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, pasukan penyiasat telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan bagi menjalankan siasatan lanjut.

Hasil siasatan awal mendapati insiden tersebut dipercayai berpunca daripada kegagalan jentera mengekalkan keseimbangan ketika beroperasi, menyebabkan kren berkenaan tumbang dan menghempap dua kediaman yang terletak bersebelahan tapak pembinaan terbabit.

Walaupun kejadian itu mengakibatkan kerosakan harta benda yang ketara, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan melibatkan orang awam dilaporkan. Operator kren terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Pihak berkuasa menegaskan bahawa tindakan perundangan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peruntukan akta berkenaan.

Di bawah Akta 514, majikan yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000.

JKKP Sarawak menekankan komitmennya untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja serta orang awam di tapak pembinaan dipatuhi sepenuhnya, bagi mengelakkan insiden seumpama ini berulang.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ops TBC 2026: JPJ Sarawak pantau ketat keselamatan bas di Kuching
Next: Bazar Ramadan Semarak tampil wajah baharu, 40 peniaga sertai edisi 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.