Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bomba pantau banjir kilat di Kampung Mundai, Kampung Simpok
  • TEMPATAN

Bomba pantau banjir kilat di Kampung Mundai, Kampung Simpok

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA JBPM Sarawak menjalankan pemantauan paras air susulan banjir kilat di Kampung Mundai dan Kampung Simpok, Simunjan, petang tadi. Foto JBPM Sarawak

SIMUNJAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak menjalankan pemantauan banjir kilat di dua kampung di sini petang tadi susulan kenaikan paras air akibat hujan berterusan.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak, operasi pemantauan tersebut dilaksanakan bermula 5.25 petang hingga 6.40 petang melibatkan kawasan Kampung Mundai dan Kampung Simpok.

Di Kampung Mundai, paras air dilaporkan mencecah kira-kira dua kaki, namun keadaan masih terkawal dan tidak memerlukan penggunaan bot bagi tujuan pemindahan penduduk.

ANGGOTA JBPM Sarawak menjalankan pemantauan paras air susulan banjir kilat di Kampung Mundai dan Kampung Simpok, Simunjan, petang tadi. Foto JBPM Sarawak

Sementara itu di Kampung Simpok, pihak bomba menerima laporan daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Simpok yang memaklumkan tiada pemindahan mangsa banjir dilakukan setakat ini walaupun paras air turut dianggarkan sekitar dua kaki.

Katanya, pemantauan dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk serta menilai keperluan bantuan sekiranya keadaan bertambah buruk.

ANGGOTA JBPM Sarawak menjalankan pemantauan paras air susulan banjir kilat di Kampung Mundai dan Kampung Simpok, Simunjan, petang tadi. Foto JBPM Sarawak

JBPM Sarawak akan terus memantau perkembangan semasa dan menasihati penduduk di kawasan rendah supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah.

Sebarang kecemasan boleh disalurkan terus kepada pihak bomba bagi tindakan segera selaras dengan moto perkhidmatan Cepat dan Mesra.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bazar Ramadan Satok jadi tumpuan menjelang berbuka puasa
Next: JPJ Sarawak perhebat rondaan, pemantauan di seluruh negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.