Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peniaga perlu konsisten, elak kios perniagaan kosong
  • WILAYAH

Peniaga perlu konsisten, elak kios perniagaan kosong

Utusan Sarawak 7 hours ago
PELUNCURAN MAJLIS… Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah diiringi Pengerusi PML, Mohamad Abu Bakar (ketiga dari kanan) pada Majlis Peluncuran Bazar Ramadan PML 2026 di Pusat Pembangunan Komuniti Melayu, Kampung Bunga Raya, Limbang hari ini.

LIMBANG: Peniaga kios di bawah seliaan Persatuan Melayu Limbang (PML) di tapak Pusat Pembangunan Komuniti Melayu Limbang perlu berniaga secara konsisten.

Langkah ini bagi mengelakkan kemudahan perniagaan tersebut kosong dan tidak beroperasi.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah berkata peniaga yang berniaga di kios berkenaan perlu memanfaatkan inisiatif tersebut sebaik mungkin bagi membantu menambah pendapatan mereka.

Beliau menjelaskan bahawa usaha promosi perlu diperkasakan bagi menarik lebih ramai pelanggan dan pengunjung, sekali gus memastikan kios berkenaan mampu bersaing dengan kios lain, terutama pada Ramadan ini.

AGIH SUMBANGAN… Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah mengagihkan sumbangan kek kepada peniaga di Bazar Ramadan PML, Limbang, hari ini.

“Saya menggesa kepada semua pengusaha agar tidak membiarkan kios perniagaan ini kosong, terutama pada hari biasa.

“Jika tidak mampu beroperasi sepanjang minggu, sekurang-kurangnya bukalah tiga hari dan jangan dibiarkan nampak kosong,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bazar Ramadan PML 2026 di Pusat Pembangunan Komuniti Melayu, Kampung Bunga Raya, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi PML, Mohamad Abu Bakar.

Hasbi mahu para peniaga di kios berkenaan lebih kreatif dan berdaya saing dalam menghasilkan pelbagai jenis makanan yang sedap serta bersih.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah Bia Batu Burak terima projek naik taraf bumbung di bawah RTP DUN Kalaka
Next: Kemas kini: Warga emas ditemui meninggal dunia di tepi jalan, kes diklasifikasi mati mengejut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.