Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah luang masa tinjau keperluan Ramadan di Pusat Beli-Belah Majma
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah luang masa tinjau keperluan Ramadan di Pusat Beli-Belah Majma

Utusan Sarawak 6 hours ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah meluangkan masa meninjau keperluan menjelang Ramadan ketika berkunjung ke Pusat Beli-Belah Majma, Kuching, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa meninjau keperluan menjelang Ramadan ketika berkunjung ke Pusat Beli-Belah Majma di sini, hari ini.

Tun Wan Junaidi serta isteri tiba sekitar 1.00 petang dan disambut oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha dan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie.

Kunjungan tersebut bertujuan meninjau persiapan menyambut bulan Ramadan termasuk mendapatkan barangan keperluan, selain melihat secara dekat penganjuran Festival Majma Raya yang menjadi antara tarikan utama menjelang Aidilfitri.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah meluangkan masa meninjau keperluan menjelang Ramadan ketika berkunjung ke Pusat Beli-Belah Majma, Kuching, hari ini. Foto UKAS

Keberangkatan ini turut mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha Majlis Islam Sarawak dalam menyemarakkan suasana Ramadan serta menggalakkan penglibatan komuniti melalui aktiviti keagamaan dan ekonomi setempat.

Inisiatif seumpama ini bukan sahaja merancakkan aktiviti perniagaan, malah menjadi platform memperkukuh ukhuwah dan kebersamaan antara kepimpinan negeri dan rakyat dalam suasana penuh keberkatan menjelang bulan yang mulia.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perayaan untuk semua, tiada yang terpinggir – Dato Wee
Next: Bazar Ramadan Satok jadi tumpuan menjelang berbuka puasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.