Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perayaan untuk semua, tiada yang terpinggir – Dato Wee
  • TEMPATAN

Perayaan untuk semua, tiada yang terpinggir – Dato Wee

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng bergambar bersama  penghuni rumah Persatuan Kesihatan Mental Sarawak Cawangan Kuching, hari ini.

KUCHING: Musim perayaan seharusnya menjadi milik semua, tanpa ada yang tercicir atau dilupakan kata Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, ketika menyantuni penghuni rumah Persatuan Kesihatan Mental Sarawak Cawangan Kuching dalam satu lawatan penuh bermakna pagi tadi.

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), dalam suasana santai dan mesra, Dato Wee meluangkan masa berinteraksi dengan para penghuni, menyampaikan angpau serta menikmati makan tengah hari bersama mereka.

“Perayaan adalah tentang kebersamaan dan kegembiraan. Kita mahu semua orang merasai bahawa mereka dihargai dan tidak pernah dilupakan,” katanya dalam kenyataan.

DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng bergambar bersama  penghuni rumah Persatuan Kesihatan Mental Sarawak Cawangan Kuching, hari ini.

Dato Wee yang telah berkhidmat sebagai penasihat kepada persatuan itu selama 27 tahun berkata, kehadiran dan sentuhan kemanusiaan memberi impak besar kepada kesejahteraan emosi penghuni.

“Kadang-kadang yang mereka perlukan bukan sekadar bantuan material, tetapi perhatian, sokongan dan rasa diterima dalam masyarakat,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa, kakitangan dan sukarelawan yang komited memastikan kebajikan serta proses pemulihan penghuni berjalan dengan baik.

Ahli Majlis Aaron Tay juga hadir mengiringi lawatan tersebut.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SUPP Dudong catat peningkatan keahlian selepas pindah pejabat baharu
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah luang masa tinjau keperluan Ramadan di Pusat Beli-Belah Majma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.