Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KOLUMNIS
  • Pemberian khas: Menunggu Putrajaya agih jumlah adil, saksama
  • KOLUMNIS

Pemberian khas: Menunggu Putrajaya agih jumlah adil, saksama

Utusan Sarawak 9 hours ago

MASIH ramai agaknya keliru dengan ‘pemberian khas’ dan sebab mengapa Sarawak mahu jumlahnya diberi secara adil dan saksama.

Tetapi tahukah anda selama 52 tahun, Kerajaan Persekutuan gagal membayar pemberian khas kepada Sarawak dan Sabah?

Ini bukan berniat apa tetapi berasaskan fakta. Sebelum perbincangan lanjut, kita lihat dahulu secara ringkas latar belakang isu ini dan apa perjanjian yang dimeterai pada 1963.

LATAR BELAKANG

Berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang ditandatangani 62 tahun lalu, dan mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, menetapkan peruntukan yang munasabah diberikan kepada Sarawak dan Sabah atas nama ‘pemberian khas’.

Ia tertakluk kepada semakan setiap lima tahun sekali. Bagaimanapun, banyak tahun bayaran itu tidak ditunai oleh Kerajaan Persekutuan.

DALAM program podcast ‘Keluar Sekejap’ pada 16 September 2023 iaitu kira-kira empat bulan sebelum pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri buat kali pertama mendedahkan isu ini.

Bayaran pertama dibuat pada 1965 sebanyak RM4 juta, digandakan pada 1966 kepada RM8 juta, manakala pada 1969, diberi RM16 juta, dan RM26.7 juta untuk Sabah.

Namun, selepas itu bayaran ini dihentikan. Tiada alasan diberi, sekurang-kurangnya secara rasmi, terus senyap dan sepi.

Dalam program podcast ‘Keluar Sekejap’ pada 16 September 2023 iaitu kira-kira empat bulan sebelum pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri buat kali pertama mendedahkan isu ini dan tidak pernah disentuh oleh mana-mana pemimpin Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Pada program itulah Wan Junaidi yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) mendedahkan Sarawak dan Sabah banyak tahun tidak diberi pemberian khas tahunan meskipun sudah termaktub dalam MA63.

“Pada 1965, Sarawak diberi RM4 juta, digandakan pada 1966 kepada RM8 juta, manakala pada 1969, diberi RM16 juta tetapi selepas itu dihentikan,” katanya pada program yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan di Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Malaysia 2023.

Sambungnya lagi: “Jumlah itu mungkin mencecah berbilion-bilion sekarang. Kami (Sarawak) telah kehilangan berbilion-bilion sejak 1969.

PEMBERIAN RM600 juta setahun seperti kata Abang Johari masih tidak mencukupi mengambil kira komitmen pembangunan yang dibiayai sendiri oleh kerajaan negeri.

“Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan menetapkan peruntukan yang munasabah diberikan kepada Sarawak dan Sabah. Ia tertakluk kepada semakan setiap lima tahun sekali,” katanya.

JUMLAH DINAIKKAN RM600 JUTA

Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan mula mengakui dan mengiktiraf fakta ini apabila awal 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan Pemberian Khas RM300 juta, masing-masing kepada Sarawak dan Sabah bagi memenuhi desakan kedua-dua negeri sejajar dengan tuntutan di bawah MA63.

Jumlahnya dinaikkan pula kepada RM600 juta mulai tahun ini, berbanding RM300 juta sejak November 2023. Namun, ia masih berbentuk sementara atau interim kerana Putrajaya berjanji untuk memberi agihan tetap tahunan.

Bayaran interima RM600 juta setahun itu pula adalah bagi tempoh lima tahun akan datang. Tempoh interim yang dianggap ‘terlalu lama’.

Bagaimanapun pada 11 Februari lalu, Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengadakan rundingan bersama dengan kerajaan negeri Sarawak tahun ini bagi melaksanakan semakan semula amaun pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Ini bermakna, MOF sekarang memendekkan tempoh itu, mungkin kerana isu Petronas-Petros yang belum selesai – sama ada diteruskan di mahkamah atau melalui penyelesaian komersial.

Tetapi bab ‘pemberian khas’ ini tiada kaitan dengan isu gas dan minyak. Ia antara isu utama dalam MA63.

Kerajaan Sarawak dikatakan sudah mengemukakan formulanya sendiri.

PADA 11 Februari lalu, Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengadakan rundingan bersama dengan kerajaan negeri Sarawak tahun ini bagi melaksanakan semakan semula amaun pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Antara formulanya ialah duti setem yang dipungut Kerajaan Pusat tetapi hasilnya daripada transaksi yang berasaskan tanah di Sarawak, perlu dipulangkan kepada Sarawak. Punggutan seperti inilah yang dimahukan oleh Sarawak.

Duti setem ini dibayar kepada Kerajaan Persekutuan melalui kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seperti dikehendaki di bawah Akta Setem 1949.

Bayangkan, bayaran duti setem bagi perjanjian jual beli tanah termasuk pindah hak milik di Sarawak sekarang dikatakan agak mahal.

Penulis menerima maklumat bahawa kadar bayarannya tidak munasabah sedangkan ia tanah hak adat Bumiputera (NCR), bukan tanah zon campuran (mixed zone).

“Untuk proses pindah milik tanah NCR berjumlah lapan ekar, saya kena bayar RM8,000 duti setem. Saya pula perlu bayar RM1,500 kepada peguam yang memproseskan semua urusan pemindahan ini termasuk berurusan dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS),” kata seorang pengadu.

DUTI SETEM

Andai duti setem ini dikawal oleh kerajaan Sarawak, sudah pasti kadar bayarannya lebih munasabah atau dihapuskan terus jika melibat tanah NCR.

Atau sekurang-kurang urusan pindah milik tanah NCR daripada ayah kepada anaknya, kategori istilah biasa disebut ‘love & affection’ (kasih sayang), dikecualikan bayaran. Tetapi perkara ini dikawal oleh Kerajaan Persekutuan. Bayangkan berapa juta hasil duti setem tanah di Sarawak disalurkan ke Putrajaya.

Pada 13 Februari lalu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut mengulas isu ini setelah MOF setuju mengadakan rundingan lanjut dalam tahun ini.

Kerajaan Persekutuan akan mengadakan rundingan bersama dengan kerajaan negeri Sarawak tahun ini bagi

Menurut Abang Johari, kerajaan Sarawak mencadangkan supaya formula pengiraan geran khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan itu disemak berdasarkan jumlah hasil cukai yang diperoleh Kerajaan Persekutuan dari negeri ini.

“Kita ada mencadangkan formula dari Sarawak. Ia mesti berpandu kepada berapa pendapatan yang diperoleh dari Sarawak melalui cukai.

“Kalau mereka menerima banyak cukai dari Sarawak, maka beri balik lebih banyak. Kalau sedikit, beri sedikit , fleksibel,” katanya selepas menyempurnakan majlis penyerahan kunci Rumah Spektra Permata (RSP) di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) di Santubong.

Sehari kemudian, Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof berkata Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) akan meneliti hasil rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak berhubung semakan semula pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan sebelum sebarang formula dimuktamadkan.

“MOF (Kementerian Kewangan) telah berbincang dengan Sabah dan selepas ini akan berbincang dengan Sarawak. Sarawak mempunyai formula sendiri, manakala pihak Persekutuan melihatnya daripada sudut berbeza.

“Hasil perbincangan akan dibawa kepada Jawatankuasa Teknikal untuk diteliti sebelum dimuktamadkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Geran Tahunan Masjid dan Surau Kawasan Parlimen Petra Jaya.

Kita sama-sama tunggu bagaimana formula itu nanti. Berapakah jumlahnya yang dikira munasabah kerana RM600 setahun seperti kata Abang Johari masih tidak mencukupi mengambil kira komitmen pembangunan yang dibiayai sendiri oleh kerajaan negeri.

  • Penulis adalah Penasihat Editorial Eksekutif Utusan Sarawak
Tags: Kadir Dikoh

Continue Reading

Previous: Kemunculan awal masyarakat Cina di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.