Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pamer nombor pendaftaran palsu, penunggang ditahan dalam operasi samseng jalanan
  • JENAYAH

Pamer nombor pendaftaran palsu, penunggang ditahan dalam operasi samseng jalanan

Utusan Sarawak 10 hours ago
DIPERIKSA… Sebahagian penunggang motosikal yang diperiksa dalam Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar bandar raya Miri,malam tadi. 

MIRI: Tindakan seorang penunggang motosikal mempamerkan nombor pendaftaran palsu membawa padah apabila dia antara yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar bandar raya ini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata lelaki tempatan berusia 22 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran motosikal yang dipamerkan adalah palsu.

Menurutnya, operasi bersepadu yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bersama anggota Balai Polis Pusat Miri itu berlangsung pada 18 Februari bermula 6.00 petang hingga 3.00 pagi.

“Operasi tertumpu di beberapa lokasi iaitu Jalan Piasau, Jalan Pujut, Jalan Tanjong, Jalan Miri By Pass serta kawasan Marina.

“Sepanjang operasi, seramai 72 lelaki tempatan dan 10 wanita tempatan bersama 55 motosikal telah diperiksa,” katanya dalam satu kenyataan pagi tadi.

Mohd Farhan berkata hasil pemeriksaan turut menyaksikan sebanyak 95 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk lesen kenderaan tamat tempoh, tiada nombor pendaftaran, penggunaan plat nombor ‘fancy’, tiada lesen memandu, ubah suai ekzos serta tiada cermin sisi.

“Selain penahanan tersebut, sebanyak 10 motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau menegaskan pihak polis akan terus mempergiat operasi bagi membanteras aktiviti samseng jalanan yang boleh menjejaskan keselamatan serta ketenteraman awam.

Mohd Farhan  turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang, tidak mengubah suai struktur asal kenderaan dan mengelakkan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh membahayakan diri sendiri serta orang lain.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki 19 tahun ditahan bantu siasatan kes rogol remaja di Bau
Next: Empat lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.