Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemuda hilang dalam insiden bot laju di Ulu Sungai Skrang
  • Tengah
  • WILAYAH

Pemuda hilang dalam insiden bot laju di Ulu Sungai Skrang

Utusan Sarawak 9 hours ago
SEORANG lelaki berumur 20 tahun dilaporkan hilang selepas bot laju yang digunakan untuk ujian dipercayai karam di Rumah Siti, Tisak Ulu Sungai Skrang, hari ini. Foto: PGO Bomba Sarawak

BETONG: Seorang lelaki berumur 20 tahun dilaporkan hilang selepas bot laju yang digunakan untuk ujian dipercayai karam di Rumah Siti, Tisak Ulu Sungai Skrang, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa, Denickles Lesen, dilaporkan terkapai-kapai sebelum hilang daripada pandangan saksi pada sekitar 3.51 petang.

Operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan segera oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, diketuai oleh Yusof Tamin, dengan seramai lima anggota dan menggunakan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT).

“Setelah mendapat maklumat daripada saksi, pencarian awal dijalankan secara ‘surface water searching’ dengan bantuan bot penduduk kampung,” menurut kenyataan berkenaan.

Operasi kini tertumpu kepada permukaan air di lokasi terakhir mangsa dilihat, dengan kerjasama agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).

PGO menegaskan usaha pencarian akan diteruskan sehingga mangsa ditemui, dan pihak bomba meminta orang ramai untuk memberi sebarang maklumat yang boleh membantu operasi.

Insiden ini berlaku sekitar 21 kilometer dari pusat Bandar Betong. JBPM Sarawak juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi langkah keselamatan ketika menggunakan bot di kawasan perairan.

Mangsa masih belum ditemui setakat ini, dan operasi diteruskan dengan fokus mencari sebarang petunjuk di kawasan kejadian.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ramadan peluang perbaiki diri, tingkatkan produktiviti
Next: Bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Bujang 2026 perkenal bayaran QR, pertandingan lampu gerai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.