Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ribut petir, hujan lebat berpanjangan dijangka landa Sabah, Sarawak
  • SEMASA

Ribut petir, hujan lebat berpanjangan dijangka landa Sabah, Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan luruan angin monsun dijangka memasuki rantau negara bermula 19 hingga 23 Februari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan keadaan itu berpotensi  mengakibatkan keadaan cuaca yang lebih lembap sekali gus membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa lebih panjang di Sabah dan Sarawak.

“Keadaan ini turut menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan (LCS). Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan LCS berkuat kuasa dari 18 hingga 21 Februari 2026,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Singapura mula berpuasa pada 19 Februari – Mufti
Next: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.