Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi harap Tahun Kuda limpahkan rezeki dan kesejahteraan buat Sarawak
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi harap Tahun Kuda limpahkan rezeki dan kesejahteraan buat Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
TUN Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menzahirkan doa dan harapan agar Tahun Kuda membawa kesejahteraan, kemakmuran serta khabar gembira kepada seluruh rakyat negeri ini.

Tun Wan Junaidi berkata, sambutan tahun baharu bukan sahaja signifikan kepada masyarakat Cina, malah menjadi wadah mengukuhkan perpaduan dan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Sarawak.

“Tahun baharu ini kita harapkan membawa kebaikan, kemajuan dan berita yang menggembirakan buat semua,” ujarnya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2026 yang berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Terdahulu, Tun Wan Junaidi bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, meluangkan masa hampir sejam beramah mesra dengan tetamu kehormat, barisan Kabinet Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan serta para jemputan yang hadir.

Sebagai simbolik kemakmuran dan keberkatan, beliau dan isteri turut menyertai upacara menggaul yee sang bersama dif kenamaan lain, yang melambangkan harapan terhadap rezeki melimpah dan kejayaan berterusan.

Majlis anjuran kerajaan Sarawak itu diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat Cina termasuk tarian singa dan naga, persembahan muzik orkestra serta nyanyian pelbagai bahasa yang mencerminkan keharmonian dan keunikan warisan budaya di Bumi Kenyalang.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Mohamad Abu Bakar Marzuki serta ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan.

Sambutan tahunan peringkat negeri ini terus menjadi manifestasi perpaduan serta semangat saling menghormati dalam kalangan masyarakat majmuk Sarawak, selari dengan aspirasi memperkukuh keharmonian sosial yang menjadi teras pembangunan negeri.

Oleh Shikin Mahmud dan Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: ICQS Serikin dijangka siap 2028, pacu Bau sebagai pintu masuk strategik
Next: Orang ramai diingatkan berhati-hati susulan peningkatan kehadiran buaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.