Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Remaja perempuan 15 tahun dilaporkan hilang di Kampung Karu
  • Selatan
  • WILAYAH

Remaja perempuan 15 tahun dilaporkan hilang di Kampung Karu

Utusan Sarawak 7 hours ago
POLIS Daerah Padawan mohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan, Novia Voon, 15 tahun, yang dilaporkan hilang sejak 14 Februari lalu di Kampung Karu, Jalan Padawan, Kuching. Foto PDRM.

PADAWAN: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari kediamannya di Kampung Karu, Jalan Padawan, di sini awal pagi 14 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, Balai Polis Siburan menerima laporan berhubung kehilangan remaja terbabit semalam pada sekitar 11.17 malam.

Menurut beliau, remaja berkenaan dikenali sebagai Novia Voon, berbangsa Cina dan kali terakhir dilihat memakai baju berwarna hitam.

“Tarikh dan masa mangsa dilaporkan hilang adalah pada 14 Februari 2026 sekitar 1.30 pagi di Kampung Karu, Jalan Padawan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Padawan, Sarjan Wan Muhammad Mazlan di talian 019-4619994,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Continue Reading

Previous: Sambutan TMM2026 meriahkan ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Sibu
Next: Kekuatan Sarawak terletak pada perpaduan dan sikap saling menghormati – Uggah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.