Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SARA untuk semua medium kongsi rezeki, buat bekalan Ramadan
  • NASIONAL

SARA untuk semua medium kongsi rezeki, buat bekalan Ramadan

Utusan Sarawak 7 hours ago
SUMBANGAN Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua dimanfaatkan untuk berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan. Foto Bernama.

MELAKA: Bagi sesetengah orang, RM100 yang diterima menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua mungkin jumlah yang kecil, namun di tangan mereka yang tahu menghargai, nilainya mampu berkembang menjadi sinar buat insan lain yang lebihmemerlukan.

Bagi Raziah Ismail, 40, dari Kota Laksamana di sini, pemberian itu digunakannya sebaikmungkin untuk membeli barangan asas seperti beras, telur, minyak, gula, mihun dan biskut, tetapi bukan untuk diri sendiri, sebaliknya disedekahkan kepada keluarga yang kurangberkemampuan.

“Kali ini sama juga seperti SARA tahun lepas, saya kongsikan pemberian itu dengan satukeluarga yang memerlukan. Saya beli barangan asas yang selalunya mereka perlukan untukkelangsungan hidup,” katanya ketika ditemui Bernama.

Raziah berkata dia bukannya tidak bersyukur dengan bantuan yang diterima, tetapimerasakan pendapatannya yang bekerja di sektor swasta mencukupi dan ada insan yang lebihmemerlukan.

“Saya sedar di sekeliling saya masih ada yang tidak cukup serba-serbi. Walaupun merekajuga menerima sumbangan sama, barangan ini boleh dijadikan stok, terutama menjelangRamadan nanti. Inilah cara saya berkongsi rezeki,” katanya. 

Suzana Sulaiman, 30, pekerja restoran makanan segera yang tinggal di Semabok, berkatapemberian SARA Untuk Semua buat kali kedua disambut dengan penuh kesyukuran, lebih-lebih lagi menjelang bulan puasa.

Katanya, dia dan empat lagi adik-beradiknya bersepakat menggunakan sumbangan itu untukmembeli barangan keperluan seperti beras, minyak dan gula bagi kegunaan di rumah ibumereka di Bukit Serindit.

“Pemberian SARA kali kedua sebelum puasa, jadi bolehlah beli barangan dapur yang diperlukan kerana bulan puasa selalunya kami masak dan berbuka di rumah emak,” katanya.

Bagi Lee Ah Hock, 56, yang tinggal sebatang kara di Banda Hilir, sumbangan SARA itu amatbermakna buatnya untuk membeli barangan asas bersempena dengan Tahun Baharu Cina.

“Ada orang kata RM100 tidak banyak, tetapi bagi saya, banyak yang boleh dibeli. Hidup seorang ini, bukannya makan banyak, yang penting ada beras, minyak, telur. Itu sudahcukup,” katanya.

Sementara itu, Joyce Tee, 18, dari Bukit Baru yang menerima SARA untuk Semua buat kali pertama berkata sumbangan berkenaan akan digunakan untuk membeli barangan dapur bagimembantu ibunya menjimatkan sedikit perbelanjaan keluarga.

“Tiada apa-apa yang ingin dibeli untuk diri sendiri. Gembira sebab dapat bantu emak, walaupun sedikit,” katanya yang mahu meringankan beban ibu.

SARA untuk Semua sebanyak RM100 secara sekali beri kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dikreditkan pada 9 Februari lepas dengan penebusan dibuat menggunakanMyKad.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Ahad berkata, sekitar 8.1 jutapenerima telah menebus bantuan berkenaan setakat Jumaat lepas dengan perbelanjaankeseluruhan hampir RM780 juta. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: ‘Lucky bamboo’ kekal pilihan utama sempena Tahun Baharu Cina
Next: Sambutan Tahun Baharu Cina serlah perpaduan rakyat Malaysia – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.