Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak percepatkan bekalan air, elektrik di Fasa 4 Kampung Tanjung Bundong
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak percepatkan bekalan air, elektrik di Fasa 4 Kampung Tanjung Bundong

Utusan Sarawak 18 hours ago
MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi (tengah) bersama Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang ketika melawat Kampung Tanjung Bundong di Kota Samarahan, hari ini. Foto UKAS 

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak mempercepatkan penyambungan bekalan air dan elektrik bagi 32 rumah yang telah siap dibina di Fasa 4 skim pembesaran Kampung Tanjung Bundong bagi memastikan keperluan asas penduduk dipenuhi segera.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawai berkata, Fasa 4 tersebut merupakan sebahagian daripada skim pembesaran yang dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak, dengan infrastruktur asas disediakan oleh jabatan berkenaan manakala pembinaan rumah dijalankan sendiri oleh pemilik lot masing-masing.

“Jumlah keseluruhan lot dari Fasa 1 hingga Fasa 4 adalah sebanyak 834 lot dan bagi Fasa 4 sahaja terdapat 337 lot. Setakat ini 32 rumah telah siap dibina dan kesemuanya memohon agar sambungan bekalan air disegerakan,” katanya pada sidang media selepas lawatan tapak ke Kampung Bundong, hari ini.

RAKAM kenangan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi (tengah) bersama tetamu kehormat yang lain semasa mengadakan lawatan kerja ke Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan hari ini. Foto UKAS 

Julaihi turut mengadakan lawatan ke Kampung Sungai Mata, di mana bekalan air telah disediakan kepada 315 rumah melalui dua tangki perintis berkapasiti 38,000 liter sehari. 

Sistem tersebut dijadikan projek perintis untuk memastikan bekalan air bersih dan terawat sampai ke rumah panjang dan kampung terpencil, sekali gus menjadi contoh bagi percepatan penyambungan Fasa 4.

Beliau memaklumkan Sarawak Water kini sedang melaksanakan kerja penyambungan termasuk kerja teknikal bagi menyalurkan bekalan air terawat daripada paip pengagihan sedia ada. Bagi bekalan elektrik, kerja penyediaan dijangka mengambil masa kira-kira empat bulan untuk disiapkan melalui SESCO.

“Kapasiti bekalan air terawat bagi kawasan Samarahan hingga Simunjan telah digandakan daripada 23 juta liter sehari kepada 47 juta liter sehari melalui rangkaian paip di Asajaya, Sadong Jaya, Sebangan, Sebuyau dan Simunjan,” tambahnya. 

Bekalan tersebut disalurkan daripada Loji Rawatan Air Batu Kitang yang kini mempunyai kapasiti 868 juta liter sehari dan sedang dinaik taraf kepada 968 juta liter sehari bagi menampung keperluan Kuching dan Samarahan. 

Dalam masa sama, kerajaan merancang pembinaan tangki aras tinggi bagi Fasa 4, mengambil kira jumlah 337 rumah di kawasan itu serta 834 rumah keseluruhan bagi Fasa 1 hingga 4. 

Kerajaan negeri akan terus memantau pelaksanaan projek dari semasa ke semasa bagi memastikan penyampaian bekalan air dan elektrik dipercepatkan dan keperluan penduduk dipenuhi tanpa kelewatan yang tidak perlu.

Oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ops TBC 2026: JPJ Sarawak perketat pemantauan, pemeriksaan bas di tiga terminal utama
Next: Penduduk Kampung Sungai Mata nikmati bekalan air bersih melalui dua tangki perintis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.