Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SPRM siasat kes perjanjian kerajaan dengan syarikat asing bernilai RM1.1 bilion
  • SEMASA

SPRM siasat kes perjanjian kerajaan dengan syarikat asing bernilai RM1.1 bilion

Utusan Sarawak 10 hours ago
LOGO Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung satu perjanjian antara kerajaan dengan syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.

Menurut sumber, siasatan itu dijalankan susulan aduan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian berkenaan dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Sumber berkenaan memaklumkan, SPRM telah bertindak mengambil beberapa dokumen berkaitan perjanjian terbabit daripada Kementerian Ekonomi pada 13 Februari lepas bagi membantu siasatan.

“Kes ini berkaitan dengan isu ketirisan dana kerajaan yang melibatkan peruntukan besar. Maklumat awal menunjukkan cadangan perjanjian ini dikatakan tidak mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan (MOF) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Bagaimanapun, perjanjian itu tetap dimeterai secara tergesa-gesa dan perkara ini akan disahkan menerusi keterangan saksi-saksi utama yang terlibat,” menurut sumber tersebut.

Sumber itu berkata siasatan turut menjurus kepada unsur konflik kepentingan apabila beberapa individu dikatakan telah diberikan jawatan tinggi dalam syarikat asing berkenaan selepas mereka berhenti daripada kementerian terbabit.

Susulan itu, SPRM dijangka memanggil beberapa saksi penting termasuk Ketua Setiausaha (KSU) kementerian berkaitan dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan mengenai kertas siasatan yang dibuka itu namun enggan mengulas lanjut.

Siasatan kes itu kini dijalankan di bawah akta berkaitan bagi mengenal pasti sekiranya wujud sebarang elemen rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan dalam proses pemeteraian perjanjian tersebut.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Uggah gesa perpaduan, kongsi kemakmuran sempena Tahun Baharu Cina 2026
Next: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.