Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KUSKOP rancang perluas skim pembiayaan khas sempena perayaan utama
  • SEMASA

KUSKOP rancang perluas skim pembiayaan khas sempena perayaan utama

Utusan Sarawak 6 hours ago
 TIMBALAN Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin meninjau Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) sempena Program COOP Talk bersama komuniti Kuching di perkarangan Bangunan ANGKASA, Jalan Matang, hari ini. Foto Shikin Mahmud

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) merancang memperluaskan skim pembiayaan khas sempena perayaan utama termasuk Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan Krismas bagi membantu usahawan tempatan meningkatkan kapasiti perniagaan masing-masing.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin berkata, inisiatif itu akan dibincangkan di peringkat kepimpinan tertinggi kementerian supaya setiap musim perayaan membuka peluang kepada usahawan menjana pendapatan.

“Banyak perayaan kita akan buat. Bukan hanya Tahun Baharu Cina dan Hari Raya, tetapi Krismas, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai juga akan kita pertimbangkan. Insya-Allah, saya akan bincang dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) sempena Program COOP Talk bersama komuniti Kuching di perkarangan Bangunan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Jalan Matang, di sini, hari ini.

TIMBALAN Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin Ketika ditemui media selepas merasmikan Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) sempena Program COOP Talk bersama komuniti Kuching di perkarangan Bangunan ANGKASA, Jalan Matang, hari ini. Foto Shikin Mahmud

Sebelum ini, KUSKOP memperkenalkan Pembiayaan Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT) berjumlah RM50 juta bagi membantu usahawan mikro menjalankan perniagaan sepanjang Ramadan dan Syawal.

Skim yang disalurkan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) itu menawarkan pembiayaan maksimum sehingga RM30,000 mengikut skala perniagaan dengan syarat permohonan yang minima termasuk lesen perniagaan, salinan kad pengenalan dan penyata bank.

Menurut beliau, setakat ini kira-kira RM14 juta telah disalurkan melibatkan 2,010 peminjam di seluruh negara, manakala hampir 100 usahawan di Sarawak telah menerima manfaat daripada skim berkenaan.

Selain itu, Program Pembiayaan Khas Perusahaan Mikro Milikan Cina (BERKAT) turut diperkenalkan dengan peruntukan RM30 juta bagi membantu usahawan mikro dalam kalangan masyarakat Cina membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata penganjuran JMKU kali pertama bagi 2026 di Parlimen Petra Jaya berjaya menjana peluang jualan berjumlah RM254,000 melibatkan lima usahawan tempatan.

Katanya, program tersebut akan diteruskan menerusi jelajah ke seluruh Sarawak bagi membolehkan rakyat menikmati barangan keperluan asas pada harga lebih rendah dengan potongan antara 20 hingga 30 peratus, sekali gus membantu meringankan kos sara hidup terutama menjelang musim perayaan.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi gesa rakyat pelihara perpaduan, nikmati kemakmuran bersama
Next: Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir semua negeri termasuk Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.