Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis Marudi tingkat rondaan, cegah jenayah musim perayaan
  • Utara
  • WILAYAH

Polis Marudi tingkat rondaan, cegah jenayah musim perayaan

Utusan Sarawak 7 hours ago
TUNAI TANGGUNGJAWAB…Polis Diraja Malaysia Marudi turun padang melaksanakan Op Selamat 25 sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2026. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi mengadakan Op Selamat 25 sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, hari ini.

Kempen keselamatan tersebut diadakan di hadapan bangunan Petronas Marudi bermula pada 9.30 pagi dan diketuai Ketua Cawangan Khas Daerah Marudi, ASP Cliff Emang Ngau yang mewakili Ketua Polis Daerah IPD Marudi, DSP Nor Aizan Mohd Jamil.

ASP Cliff dalam kenyataannya berkata, Op Selamat 25 yang dianjurkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPD Marudi itu bertujuan memastikan keselamatan awam dan kelancaran lalu lintas sepanjang musim perayaan.

  ASP Cliff Emang mewakili Ketua Polis Daerah Marudi bersama Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Traffic IPD Marudi Inspektor Faizal Noh dan pemilik Stesyen minyak Petronas sebagai rakan strategik mengedarkan risalah keselamatan dan buah tangan kepada orang ramai. Foto Jiku Juguong

Menurutnya, operasi berkenaan menekankan rondaan berkala, penguatkuasaan undang-undang serta pencegahan jenayah termasuk kes pecah rumah dan kemalangan jalan raya, khususnya di kawasan tumpuan orang ramai.

“Selain itu, sesi interaktif dan program beramah mesra bersama orang awam turut diadakan bagi menyampaikan mesej keselamatan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata, menerusi advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya, orang ramai yang hadir turut diberikan risalah keselamatan dan panduan pemanduan selamat sempena musim perayaan.

SELAMAT MEMANDU…Inspektor Connie mengedar risalah dan memberi penerangan kepada pemandu jalan raya sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026. Foto Jiku Juguong

Katanya lagi, program tersebut mencerminkan kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sektor swasta dalam memastikan aspek keselamatan menjadi tanggungjawab bersama.

Tambah beliau, aktiviti bergambar bersama pengunjung, edaran risalah keselamatan serta interaksi secara langsung berjaya menarik perhatian orang ramai sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan jalan raya dan keselamatan kediaman.

Turut hadir, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Marudi, Inspektor Faizal Noh bersama pegawai kanan serta anggota polis lain.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Kad ucapan Tahun Baharu Cina eratkan hubungan pemimpin dan rakyat
Next: Projek RTP perkasa infrastruktur pendidikan di Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.