Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat ditahan dalam serbuan judi holo dan sabung ayam di Selangau
  • Tengah
  • WILAYAH

Empat ditahan dalam serbuan judi holo dan sabung ayam di Selangau

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANTARA barangan kes yang dirampas polis dalam serbuan kegiatan judi holo dan sabung ayam di sebuah kebun di kawasan Pelugau, Selangau, semalam.

SELANGAU: Empat lelaki berusia antara 42 hingga 57 tahun ditahan dalam satu serbuan ke atas kegiatan perjudian holo dan sabung ayam di sebuah kebun di kawasan Pelugau, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, serbuan sekitar 3.30 petang itu dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah, hasil maklumat awam.

“Semasa serbuan dijalankan, didapati sekumpulan lelaki sedang leka bermain judi holo dan sabung ayam di sebuah tanah lapang dalam kebun berkenaan.

“Menyedari kehadiran polis, kesemua mereka bertempiaran melarikan diri, namun empat lelaki berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 POLIS berjaya menahan empat lelaki yang terlibat dalam kegiatan perjudian holo dan sabung ayam di sebuah kebun di kawasan Pelugau, Selangau, semalam. (Kredit foto: PDRM)

Menurutnya, polis turut merampas beberapa barangan kes termasuk empat ekor ayam hidup, dua ekor ayam mati, satu unit alat penimbang, satu unit meja, lima kerusi plastik, sehelai kain holo, satu unit kong holo, tiga biji dadu, satu unit papan putih serta wang tunai berjumlah RM200.

Beliau berkata, kesemua suspek bersama barang rampasan dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut dan ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah.

 POLIS berjaya menahan empat lelaki yang terlibat dalam kegiatan perjudian holo dan sabung ayam di sebuah kebun di kawasan Pelugau, Selangau, semalam. (Kredit foto: PDRM)

“Kes disiasat di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 serta Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” tambahnya.

Muhamad Rizal turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian yang menyalahi undang-undang kerana selain boleh ditangkap dan didakwa, ia juga boleh menimbulkan masalah kewangan serta sosial.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Tengah wilayah

Continue Reading

Previous: Polis Bau tahan lelaki dalam Op Dadu, rampas telefon pintar dan wang tunai
Next: Jualan Rahmah Bergerak ringankan beban rakyat sempena musim perayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.