Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 138 kenderaan diperiksa, sebuah kereta disita dalam operasi JPJ Kuching
  • JENAYAH

138 kenderaan diperiksa, sebuah kereta disita dalam operasi JPJ Kuching

Utusan Sarawak 6 hours ago
DISITA… Sebuah kereta telah disita dalam Ops Motosikal dan Ops Tahun Baharu Cina (TBC) yang dilaksanakan oleh Unit Overloading Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching menerusi rondaan dan pemantauan di sekitar Kuching, semalam. Foto JPJ Negeri Sarawak

KUCHING: Sebuah kereta telah disita dalam Ops Motosikal dan Ops Tahun Baharu Cina (TBC) yang dilaksanakan oleh Unit Overloading Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching menerusi rondaan dan pemantauan di sekitar bandar raya ini, semalam.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 138 kenderaan telah diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan dikesan, antaranya tidak memakai topi keledar, tiada cermin sisi, lesen memandu tamat tempoh serta pelbagai kesalahan teknikal kenderaan.

Kenderaan yang disita didapati melakukan kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh selain tidak memiliki perlindungan insurans yang sah.

JPJ Sarawak akan terus memperkukuh pelaksanaan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pengguna jalan raya sentiasa terjamin. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan serta memastikan dokumen kenderaan dan lesen memandu adalah sah sebelum memulakan perjalanan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis giat jalankan siasatan tembakan di premis bank Jalan Lanang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.