Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Malaysia: Kuching City sah ke separuh akhir dengan agregat 6-2
  • SUKAN

Piala Malaysia: Kuching City sah ke separuh akhir dengan agregat 6-2

Utusan Sarawak 14 hours ago
TAHNIAH… Kuching City FC mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan DPMM FC 3-1 pada aksi kedua suku akhir di Stadium Negeri, sekali gus menang agregat 6-2, malam ini. Foto Kuching City Fc

PETRA JAYA: Kuching City FC mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan DPMM FC 3-1 pada aksi kedua suku akhir di Stadium Negeri, sekali gus menang agregat 6-2, malam ini.

Berbekalkan kelebihan dua gol pada perlawanan pertama, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak tampil penuh yakin dan menguasai sebahagian besar perlawanan sebaik wisel permulaan dibunyikan.

Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi tandukan kemas Ronald Ngah Wanja yang menyempurnakan hantaran silang Petrus Shitembi.

Gol itu menyemarakkan lagi asakan The Cats yang terus memberi tekanan bertali arus ke kubu lawan.

Ngah Wanja sekali lagi mencuri tumpuan apabila meledak gol kedua peribadi dan pasukan pada minit ke-43, sekali lagi hasil gerakan sama bersama Shitembi untuk meletakkan Kuching City selesa mendahului 2-0 sebelum rehat.

Bersambung babak kedua, DPMM FC yang dibimbing Mcalister James Reynolds cuba bangkit menerusi beberapa pertukaran taktikal.

Usaha itu berhasil apabila Muhammad Hakeme Yazid merapatkan kedudukan pada minit ke-53 menerusi rembatan jarak jauh yang menewaskan penjaga gol tuan rumah.

Namun, kelebihan agregat memihak kepada Kuching City jelas memberi ketenangan buat pasukan tuan rumah.

Kemasukan beberapa pemain gantian termasuk Gabriel Palmero menambah sengat serangan sebelum beliau menjaringkan gol ketiga pada minit ke-69 bagi memastikan kemenangan 3-1.

Walaupun satu lagi jaringan lewat permainan dibatalkan selepas semakan VAR, keputusan kekal hingga tamat perlawanan, sekali gus menyaksikan Kuching City mara bergaya ke separuh akhir dengan agregat 6-2.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liek Hou juara dunia buat kali kesembilan
Next: Salah kembali temui sentuhan, Liverpool mara ke pusingan kelima Piala FA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.