Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tahun Kuda tahun yang baik namun mencabar – Lo Khere Chiang
  • TEMPATAN

Tahun Kuda tahun yang baik namun mencabar – Lo Khere Chiang

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang ketika ditemui Utusan Sarawak, hari ini. Foto Masrin Affirah dan Shahrul Qaizat

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang, menyifatkan Tahun Kuda sebagai simbol kepantasan, momentum, keberanian dan kekuatan.

Menurut beliau, ada yang berpendapat tahun tersebut merupakan masa yang baik untuk mengembara, meneroka serta mengambil sedikit risiko. 

“Secara asasnya ia adalah tahun yang baik, namun tetap mencabar kerana sifat kuda yang mencabar,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikannya.

SUASANA sekitar Kuching kian meriah dan penuh warna-warni menjelang sambutan Tahun Baharu Cina. Foto Masrin Affirah dan Shahrul Qaizat

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina yang bahagia dan makmur kepada semua. 

“Semoga Tahun Kuda membawa kesihatan yang baik, kekayaan dan kebahagiaan kepada anda semua,” ucapnya.

Sementara itu, suasana sekitar Kuching kian meriah dan penuh warna-warni menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Oleh Masrin Affirah dan Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Chiew jemput warga Miri hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 18 Februari ini
Next: Sembilan jambatan utama Sarawak siap dalam tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.