Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lo Khere Chiang ucap terima kasih kepada JKR dan CMS, tunaikan janji siapkan baik pulih jalan
  • TEMPATAN

Lo Khere Chiang ucap terima kasih kepada JKR dan CMS, tunaikan janji siapkan baik pulih jalan

Utusan Sarawak 8 hours ago
TINJAUAN bersama jurutera JKR dan wakil Sarawak Water Sdn. Bhd. selepas insiden tanah runtuh akibat paip pecah susulan hujan lebat pada penghujung Januari lalu.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang, merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Cahya Mata Sarawak (CMS) kerana berjaya menyiapkan kerja baik pulih di bahagian jalan yang runtuh kira-kira tiga minggu lalu.

Menurut Lo, pihak JKR telah berjanji untuk menyiapkan kerja dalam tempoh tiga minggu dan mereka telah menepati janji tersebut.

“Kerja yang telah siap adalah kukuh dan tahan lama dengan pemasangan cerucuk kepingan kekal bagi mengukuhkan tambakan jalan serta lapisan perlindungan kedua di bahagian dasar dinding,” katanya.

Pada penghujung Januari lalu, susulan hujan lebat, Lo telah turun padang meninjau lokasi terjejas di Jalan Batu Kitang dan Jalan Haji Baki yang mengalami tanah runtuh akibat paip pecah. 

Beliau turut diiringi jurutera JKR serta wakil Sarawak Water Sdn. Bhd.

Walaupun laluan alternatif telah dirancang, kesesakan trafik masih berlaku ketika itu. 

Lo telah menggesa pihak berkenaan supaya menangani situasi itu dengan segera, memandangkan jalan tersebut digunakan oleh ramai penduduk dari Bau dan kampung sekitarnya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sekitar suasana menjelang Tahun Baharu Cina di bandar Riyal
Next: Perhebatkan promosi penginapan di Pantai Tanjung Kembang demi pendapatan berterusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.