Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan RM200,000 di Maludam dipercepat, guna Inisiatif MRP demi keselamatan penduduk
  • Tengah
  • WILAYAH

Jambatan RM200,000 di Maludam dipercepat, guna Inisiatif MRP demi keselamatan penduduk

Utusan Sarawak 6 hours ago
PROJEK pembinaan jambatan berhampiran masjid di Maludam yang menelan kos RM200,000 kini dipercepatkan pelaksanaannya. Foto: ADUN Lingga.

MALUDAM: Projek pembinaan jambatan berhampiran masjid di Maludam yang menelan kos RM200,000 kini dipercepatkan pelaksanaannya bagi memastikan kemudahan tersebut dapat digunakan penduduk dalam tempoh terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, projek berkenaan pada asalnya dicadangkan di bawah peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Menurut beliau, bagi mengelakkan kelewatan dan mempercepatkan pelaksanaan, inisiatif telah diambil untuk melaksanakannya melalui peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) supaya kerja-kerja dapat disegerakan tanpa perlu menunggu tempoh yang lebih panjang.

Katanya, persetujuan telah dicapai bersama pihak kontraktor dan perunding untuk menyusun semula program kerja agar projek tersebut dapat disiapkan lebih awal daripada jadual asal yang dirancang.

“Saya berharap projek ini dapat disiapkan secepat mungkin demi keselesaan dan keselamatan penduduk. 

“Kita akan memantau rapi pelaksanaannya serta memberikan apa-apa bantuan yang diperlukan bagi memastikan ia siap dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Beliau menegaskan, pelaksanaan projek itu bertujuan memastikan kemudahan berkenaan berada dalam keadaan lebih baik dan selamat digunakan, selain memudahkan urusan harian penduduk setempat khususnya yang menggunakan laluan tersebut untuk ke masjid dan menjalankan aktiviti harian.

Tindakan mempercepatkan projek berkenaan juga diambil bagi memastikan kelancaran pergerakan masyarakat tidak terjejas, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan pengguna.

Dayang Noorazah berkata, beliau komited untuk terus memastikan kemudahan asas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga diberi perhatian sewajarnya demi kesejahteraan rakyat.

“Semoga projek ini memberi manfaat kepada seluruh penduduk Maludam dan memastikan kemudahan asas terus terpelihara. Suara rakyat didengari, tindakan dilaksanakan,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen Miri edar limau mandarin hargai penjawat awam
Next: RM100,000 disalurkan kepada Saberkas Cawangan Bukit Kota bagi 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.