Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rangkaian projek jalan raya mega buka laluan kembang ekonomi Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

Rangkaian projek jalan raya mega buka laluan kembang ekonomi Limbang

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUASANA MERIAH… Datuk Dr Abdul Rahman Ismail bersama yang lain melakukan acara mengaul Yee Sang.

LIMBANG: Pembinaan jaringan jalan raya yang menghubungkan seluruh bahagian di negeri, termasuk Limbang, telah membuka laluan perhubungan dengan kawasan lain.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, berkata tiga projek jalan raya kini rancak dibina untuk menghubungkan Limbang dengan bahagian lain, iaitu Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) Fasa Satu dan Dua, Lebuh Raya Pesisir Utara, serta Lebuh Raya Trans Borneo.

“Adanya kemudahan ini, menjelang 2030 Limbang tidak lagi terpisah atau terasing dari dunia luar. Kita boleh menggunakan laluan melalui Brunei ataupun melalui SSLR ke Miri.

“Keadaannya sama seperti Kapit yang dahulu terpisah, namun kini boleh dihubungkan melalui jalan darat dari Sibu ke Kapit.

“Saya percaya laluan dari Limbang ke Miri kelak berkemungkinan lebih menarik kerana melalui kawasan pergunungan, dengan tempoh perjalanan dianggarkan sekitar lima hingga enam jam untuk sampai ke Miri,” katanya.


KEHARMONIAN… Masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang turut hadir memeriahkan majlis makan malam sambutan Tahun Baru Cina Daerah Limbang.  

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Gabungan Persatuan Cina Bahagian Limbang(GPCL) di Dewan Suarah Limbang, kelmarin.

Beliau berkata dengan jangkaan siap rangkaian jalan raya menjelang 2030, kawasan itu akan dihubungkan terus ke rangkaian jalan darat utama serta meningkatkan ketersambungan dan ekonomi.

Katanya, perkara ini seiring dengan usaha Sarawak untuk membangunkan infrastruktur seluruh negeri, melalui rangkaian jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik dan juga telekomunikasi dalam tempoh tersebut.

Jelasnya dengan siapnya projek ini kelak, ia akan menjadi  pengubah keadaan di kawasan utara Sarawak bertetapan hasrat kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjadikan negeri maju dan rakyat berpendapatan tinggi menerusi peningkatan kegiatan ekonomi.

Beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada GPCL.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Friday Belik sanjung jasa KMKK Roban sebagai nadi pembangunan akar umbi
Next: Bahang sambutan Tahun Baharu Cina semakin terasa di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.