Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Friday Belik sanjung jasa KMKK Roban sebagai nadi pembangunan akar umbi
  • Tengah
  • WILAYAH

Friday Belik sanjung jasa KMKK Roban sebagai nadi pembangunan akar umbi

Utusan Sarawak 5 hours ago
ADUN Krian, Friday Belik, menzahirkan penghargaan kepada KMKK Roban atas peranan penting mereka dalam menjayakan agenda pembangunan kerajaan.

​ROBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Roban atas komitmen jitu mereka dalam membantu kerajaan melaksanakan agenda pembangunan di peringkat akar umbi.

​Beliau menyifatkan peranan KMKK amat kritikal kerana mereka bertindak sebagai ‘jambatan’ utama yang menghubungkan antara dasar-dasar kerajaan dengan keperluan sebenar komuniti setempat di kawasan tersebut.

​Menurut Friday, KMKK bukan sekadar pemimpin komuniti, malah mereka adalah sebahagian daripada institusi kerajaan yang memikul tanggungjawab besar dalam menjaga keselamatan, kesejahteraan, serta memelihara keharmonian rakyat.

​”Jasa dan khidmat bakti mereka selama ini amat bermakna dalam memastikan setiap suara rakyat didengari dan setiap bantuan kerajaan sampai ke sasaran yang tepat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan KMKK Roban 2026 di Dewan Masyarakat Roban, samalam.

BEKAS Tuai Rumah menerima cenderahati sebagai simbol penghargaan atas khidmat bakti kepada komuniti setempat.

​Dalam majlis yang penuh bermakna itu, beliau turut menyantuni semua hadirin menerusi Majlis Solidariti KMKK yang menyaksikan penyampaian cenderahati kepada 10 bekas Tuai Rumah yang telah tamat tempoh perkhidmatan atau direhatkan.

​Friday menegaskan bahawa sumbangan bekas-bekas pemimpin ini tidak akan dilupakan kerana mereka telah menjadi tulang belakang kepada kestabilan komuniti sepanjang tempoh memegang amanah tersebut.

​Menyentuh mengenai peranan Persatuan KMKK Roban, beliau berkata organisasi itu merupakan platform terbaik untuk memperkukuh kerjasama, perpaduan, dan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli demi kepentingan bersama.

​”Persatuan ini bukan sahaja menjadi wadah kebajikan ahli, malah sebagai medan untuk kita menyatukan visi dalam memacu kemajuan sosial di daerah kecil ini,” tambahnya lagi.

​Selain majlis rasmi, Friday turut mengambil peluang mengadakan sesi dialog bersama KMKK yang hadir bagi mendapatkan maklum balas secara terus mengenai isu-isu semasa yang membabitkan kawasan tadbiran masing-masing.

​Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pegawai Daerah Kabong, Tahir Sharee; Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Roban, Steve Miller; Pengerusi Persatuan KMKK Roban, Tuai Rumah Jack; barisan Penghulu serta Ahli Majlis yang lain.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program TBC perkukuh kebersamaan pemimpin dan penjawat awam di Meradong
Next: Rangkaian projek jalan raya mega buka laluan kembang ekonomi Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.