Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Agrofest Bintulu catat RM6.44 juta jualan, platform perkasa pendapatan petani
  • Tengah
  • WILAYAH

Agrofest Bintulu catat RM6.44 juta jualan, platform perkasa pendapatan petani

Utusan Sarawak 7 hours ago
STEPHEN Rundi Utom (duduk tengah) merakam kenangan bersama tetamu kehormat yang lain pada Majlis Makan Malam Apresiasi Jabatan Pertanian Sarawak, malam tadi.

SIBU: Penganjuran Sarawak Agrofest di Bintulu mencatat hasil jualan memberangsangkan sebanyak RM6.44 juta dengan kehadiran 811,544 pengunjung, sekali gus membuktikan acara itu menjadi platform berkesan dalam memperkasa pendapatan komuniti tani di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pertanian, Dominic Chunggat berkata, pencapaian tersebut melengkapkan siri penganjuran Agrofest di lima lokasi lain iaitu Limbang, Pakan, Serian, Spaoh dan Subis sepanjang 2025.

Menurutnya, lima acara yang dilaksanakan sepenuhnya oleh jabatan dengan kerjasama rakan strategik itu berjaya mencatat hasil jualan keseluruhan RM2.39 juta dengan kehadiran 40,331 pengunjung.

“Manakala penganjuran Sarawak Agrofest di Bintulu telah mencatatkan hasil jualan RM6.44 juta dengan jumlah 811,544 pengunjung.

“Semua usaha ini adalah antara inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan dan pendapatan komuniti tani di pelosok Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Apresiasi Jabatan Pertanian Sarawak di sini, malam tadi.

Beliau menegaskan, kejayaan Agrofest membuktikan program berkenaan berperanan besar dalam memperluas jaringan pasaran, mempromosi produk tempatan serta memberi pendedahan kepada petani mengenai teknologi dan inovasi terkini.

“Kita mahu petani bukan sahaja menghasilkan produk, tetapi tahu cara memasarkan serta menambah nilai hasil mereka supaya mampu bersaing,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dominic berkata, landskap pertanian Sarawak kini berubah daripada sistem sara diri kepada pertanian komersial dan seterusnya ke arah pertanian moden berasaskan teknologi, inovasi serta data.

Beliau turut mengakui bahawa sektor pertanian berdepan cabaran seperti perubahan iklim, kekurangan tenaga kerja, peningkatan kos input serta keperluan mendesak mengamalkan pertanian moden dan mampan.

“Justeru, peranan jabatan bukan sekadar melaksanakan projek, sebaliknya menjadi penghubung antara dasar kerajaan dan keperluan rakyat dengan mendengar suara petani serta memberi bimbingan berterusan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru warga jabatan agar terus komited dan bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan selaras aspirasi negeri di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeksport bersih makanan menjelang 2030.

Turut hadir, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Martin Ben, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Adrian Susin Ambud serta Pengurus Besar Lembaga Industri Getah (SARIB) Make Jiwan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BDDA agih 9,000 anak ayam kepada 18 peserta penternakan di DUN Bukit Saban
Next: Sarawak tekad jadi pengeksport bersih makanan menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.