Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak lulus tambahan enam hektar, 60 unit tambahan Rumah Spektra Permata di Santubong
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak lulus tambahan enam hektar, 60 unit tambahan Rumah Spektra Permata di Santubong

Utusan Sarawak 9 hours ago
RUMAH Spektra Permata (RSP) Skim Pembesaran Kampung (SPK) Santubong. Foto Shahrul Qaizat

SANTUBONG: Kawasan Santubong bakal mengalami transformasi menyeluruh apabila kerajaan Sarawak merancang pembangunan sehingga 1,000 unit rumah baharu selain menaik taraf infrastruktur utama termasuk pembinaan jalan raya empat lorong dan jambatan tambahan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri secara prinsipnya telah meluluskan tambahan enam hektar tanah bagi memulakan fasa seterusnya di bawah Rumah Spektra Permata (RSP) Skim Pembesaran Kampung (SPK) Santubong yang melibatkan 60 unit kediaman tambahan.

PREMIER Sarawak, Datuk Paringgi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama pemilik baharu rumah RSP SPK Santubong, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

Menurutnya, kelulusan itu menjadikan jumlah keseluruhan 120 unit bagi dua fasa, namun ia masih belum mencukupi berikutan lebih 200 permohonan diterima bagi fasa sedia ada.

“Saya luluskan tambahan enam hektar lagi dan 60 unit lagi, menjadikannya 120 unit. Saya tahu masih tidak mencukupi kerana ramai lagi yang memerlukan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci RSP SPK Santubong di sini, hari ini.

Fasa yang diserahkan melibatkan 62 unit rumah yang dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dengan kos RM17.20 juta menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang mencatat skor kecekapan 91 peratus.

LAWAT… Keluarga melawat rumah RSP SPK Santubong, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

Mengulas lanjut, beliau berkata akses ke Santubong akan menjadi lebih pantas menerusi pembinaan jalan raya empat lorong dari Bulatan Yayasan Sarawak ke Pantai Damai serta pembinaan jambatan tambahan menjadikan laluan empat lorong di kawasan tersebut.

Beliau turut memaklumkan bahawa  Sistem Aliran Transit Automasi (ART) akan diperluaskan ke Santubong bagi menyokong pertumbuhan pelancongan selain penyediaan laluan khas basikal dan pejalan kaki.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri turut merancang pembinaan jeti kapal persiaran di Damai bagi membolehkan kapal persiaran antarabangsa berlabuh dan seterusnya meningkatkan kunjungan pelancong ke Taman Arkeologi Santubong.

Abang Johari turut menggesa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memperkasakan landskap kawasan berkenaan dengan penanaman pokok dan bunga bagi mengekalkan identiti kampung yang tersusun dan hijau.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eksklusif: ‘Tahun Kuda Emas’ makna dan tradisi sambutan TBC dikongsikan komuniti tempatan
Next: Pengamal media main peranan promosi keindahan taman negara di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.