Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: ‘Tahun Kuda Emas’ makna dan tradisi sambutan TBC dikongsikan komuniti tempatan
  • TEMPATAN

Eksklusif: ‘Tahun Kuda Emas’ makna dan tradisi sambutan TBC dikongsikan komuniti tempatan

Utusan Sarawak 7 hours ago
TAHUN KUDA… Alex Su, 58 ketika ditemui Utusan Sarawak, selepas selepas program jamuan sambutan TBC bersama Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng di Pusat Penjaja Kenyalang, hari ini. Foto Adele Rissa 
 

KUCHING: Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di Kuching bukan sahaja diraikan dengan jamuan dan mercun, tetapi turut membawa makna tradisi dan harapan mengikut kitaran zodiak Cina, kata seorang penjaja tempatan.

Alex Su, 58 tahun, yang telah lama berniaga di Pusat Penjaja Kenyalang, berkongsi pandangannya ketika ditemui Utusan Sarawak selepas program jamuan sambutan TBC bersama Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng di pusat penjaja itu hari ini.

Beliau menjelaskan tahun ini adalah Tahun Kuda Emas atau ‘Golden Horse’, yang menurut kepercayaan orang Cina membawa tuah kepada mereka yang rajin dan berusaha.

“Kalau kita berniaga dengan rajin, bisnes akan lebih bagus. Yang besar-besar, mereka akan tengok sendiri,” kata Alex.

Beliau menambah, setiap tahun dalam zodiak Cina dikaitkan dengan satu binatang dan elemen tertentu.

“Kadang-kadang emas, kadang api, kadang air. Tahun sebelumnya adalah tahun ular, tahun depan kambing pula. Elemen ini akan beri pengaruh kepada manusia dan keadaan di dunia,” jelasnya.

Menurut Alex, penentuan ‘Golden Horse’ atau elemen lain ditentukan melalui kaedah ‘feng shui’.

“Kalau elemen lain, contohnya api, ada pola seumpama rumah terbakar. Kalau naga, ditentukan oleh elemen air, seperti banjir berterusan atau hujan. Tapi kalau tahun kuda emas, lebih bagus sedikit,” katanya.

Walaupun tradisi dan kepercayaan ini memberi harapan, persiapan menyambut TBC tidak jauh berbeza setiap tahun.

“Semua lebih kurang sama sahaja. Persiapan ikut tahun binatang tidak terlalu berbeza,” ujar Alex.

Namun katanya, secara simbolik ekonomi dan nasib juga dipercayai dipengaruhi karakter binatang tersebut.

“Kalau kuda malas atau gemuk, ekonomi pun akan perlahan,” katanya berseloroh.

Alex turut berkongsi amalan tradisi yang masih dijalankan. 

Pada hari keempat TBC, ritual Cina dijalankan, sementara pada hari ke-24 bulan terakhir sebelum TBC, keluarga melakukan upacara menghantar atau ‘menaikkan’ Tuhan Dapur ke syurga, sebagai simbol melaporkan amal baik sepanjang tahun dan memohon keberkatan untuk tahun yang baru.

Dalam kepercayaan Cina, Tuhan Dapur (Zao Jun) adalah dewa pelindung rumah dan dapur yang mengawasi tingkah laku keluarga sepanjang tahun. 

Upacara ini simbolik untuk menjaga keharmonian rumah tangga. Aktiviti lain seperti sembahyang, buah-buahan dan mercun masih diamalkan.

Bercerita mengenai Cap Goh Mei pada hari ke-14 dan ke-15, Alex berkata, “Pada hari ke-14 dan ke-15, akan ada sesuatu yang istimewa.”

“Lelaki akan buang buah oren di sungai, tulis nama dan nombor telefon. Perempuan akan ambil pada hari berikutnya. 

“Dulu-dulu lah, macam mencari jodoh. Tapi dulu tiada handphone. Sekarang baru ada. Masih rasanya, masih ada tempat yang masih amal buang buah oren,” jelasnya, walaupun kini ada yang menukar cara kerana faktor alam sekitar.

Beliau turut berkongsi pengalaman dan tradisi menyambut TBC di Kuching.

“Pada malam Tahun Baharu, kami akan makan besar. Hari pertama, ramai bangun awal, rambut tidak dicuci, mangkuk tidak pecah, tidak bercakap kotor dan lantai disapu mengikut aturan. 

“Ini semua untuk membawa rezeki. Generasi muda kurang ikut, tetapi masih ada yang amalkan. Jika tersalah sapu atau tuang air sesuka hati, rezeki pun boleh terjejas,” jelasnya.

Menurutnya, walaupun bandar moden membawa perubahan, tradisi dan kepercayaan masih dipelihara dalam keluarga dan komuniti, membolehkan generasi muda menghargai warisan budaya sambil menikmati kemeriahan Tahun Baharu Cina.

Alex Su turut menzahirkan ucapan Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina, termasuk komuniti tempatan yang sama-sama menyambut perayaan tersebut.

Oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MBKS raikan Tahun Baharu Cina bersama penjaja pusat penjaja Kenyalang
Next: Kerajaan Sarawak lulus tambahan enam hektar, 60 unit tambahan Rumah Spektra Permata di Santubong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.