Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • ‘Papa Zola The Movie’ raih RM68.2 juta kutipan pecah panggung
  • HIBURAN

‘Papa Zola The Movie’ raih RM68.2 juta kutipan pecah panggung

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANIMASI… Papa Zola The Movie muncul sebagai filem animasi nombor satu di Malaysia dengan catatan 4.4 jumlah penonton di seluruh Asia Tenggara, dan meraih lebih RM68.2 juta kutipan pecah panggung.

KUALA LUMPUR: Papa Zola The Movie muncul sebagai filem animasi nombor satu di Malaysia dengan catatan 4.4 jumlah penonton di seluruh Asia Tenggara, dan meraih lebih RM68.2 juta kutipan pecah panggung.

Pencapaian itu menjadikannya sebagai filem Malaysia ketiga tertinggi sepanjang zaman dari segi kutipan, selepas Mat Kilau dan Blood Brothers.

Pengarah Media MONSTA Faiz Zainal Aabidin berkata bersempena dengan cuti panjang Tahun Baharu Cina yang bakal tiba dan cuti persekolahan selama seminggu, pihak produksi terus menggiatkan usaha mengajak rakyat Malaysia meluangkan masa bersama-sama keluarga menonton filem itu di pawagam.

“Pada masa yang sama, MONSTA sedang memperluas fokus promosi ke pasaran antarabangsa susulan prestasi memberangsangkan filem ini di luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran MD Pictures Rivki Morais berkata pencapaian itu mencerminkan penerimaan positif penonton Indonesia terhadap Papa Zola The Movie, yang kini berada dalam kelompok lima filem teratas paling banyak ditonton di pawagam ketika ini, dengan kehadiran penonton yang tinggi, khususnya di pusat bandar. 

Papa Zola The Movie akan meneruskan tayangan serta aktiviti promosi antarabangsa di Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu pada April, diikuti pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang lain termasuklah Bahrain, Oman dan Qatar pada Mei, serta Turkiye, India dan Vietnam pada Jun.

Bagi mendekatkan filem ini dengan penonton di setiap negara, Papa Zola The Movie turut ditampilkan dalam versi alih suara yang disesuaikan mengikut bahasa tempatan selaras dengan keperluan dan cita rasa pasaran masing-masing. 

Seiring dengan musim perayaan, rakyat Malaysia diundang untuk menonton Papa Zola The Movie di pawagam, tontonan pilihan keluarga sepanjang cuti sekolah.

-Bernama  

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Hafiz Suip kembali bergelar suami, pilih Fiona Saffiyya sebagai isteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.