Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sarawak sambut baik pengambilan 20,000 guru bukan pendidikan, tumpuan STEM dan bahasa Melayu
  • PENDIDIKAN

Sarawak sambut baik pengambilan 20,000 guru bukan pendidikan, tumpuan STEM dan bahasa Melayu

Utusan Sarawak 10 hours ago
PENGARAH Pendidikan Sarawak, Omar Mahli.

KOTA SAMARAHAN: Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) melantik 20,000 guru lepasan ijazah tanpa latar belakang pendidikan sebagai persediaan awal menampung kekosongan guru, khususnya akibat persaraan serta pertambahan bilangan murid.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata penambahan bekalan guru itu penting bagi memastikan keperluan pengajaran dan pembelajaran terus terjamin, termasuk kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun 1.

“Kita menyambut baik keputusan KPM ini kerana ia membantu membuat persiapan awal bagi mengisi kekosongan guru yang bersara serta menampung keperluan guru di sekolah,” katanya ketika diminta mengulas langkah tersebut.

Mengulas kebimbangan graduan pendidikan yang masih menunggu tawaran, beliau menjelaskan pengambilan guru dibuat berdasarkan keperluan opsyen di setiap negeri, termasuk Sarawak.

“Kita memerlukan guru mengikut opsyen yang diperlukan di Sarawak. Pada masa ini, keperluan lebih tertumpu kepada guru bahasa Melayu serta mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Ada dalam kalangan graduan opsyennya berlebihan, maka mereka perlu menunggu walaupun masih terdapat kekurangan bagi opsyen lain,” katanya.

Menurut beliau, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang memenuhi keperluan opsyen semasa negeri, namun peluang tetap terbuka dan bergantung kepada masa.

“Saya maklum akan kebimbangan graduan, namun kebimbangan ini sebenarnya tidak berasas. Peluang sentiasa ada, cuma cepat atau lambat. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan pengambilan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan opsyen setiap negeri di Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai status keperluan guru di Sarawak ketika ini, beliau berkata Sarawak masih memerlukan guru, namun situasinya tidak lagi terlalu kritikal seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Kita masih memerlukan guru, tetapi keperluannya tidak seteruk atau sekritikal seperti beberapa tahun lalu,” katanya.

Oleh Norman B

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Permohonan Biasiswa YDPA 2026 dibuka hari ini hingga 6 Mac -JPA
Next: Konvensyen Pendidikan Islam, Bahasa Arab Sarawak 2026 perkukuh peranan guru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.