Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf saliran dan bahu jalan Pasar Lingga tingkat keselesaan peniaga, pengunjung
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf saliran dan bahu jalan Pasar Lingga tingkat keselesaan peniaga, pengunjung

Utusan Sarawak 6 hours ago
PELAKSANAAN projek pembinaan sistem saliran serta menaik taraf bahu jalan di Pasar Lingga. Foto ADUN Lingga

LINGGA: Keselesaan peniaga dan pengunjung di kawasan Pasar Lingga bakal bertambah baik susulan pelaksanaan projek pembinaan sistem saliran serta menaik taraf bahu jalan yang kini sedang giat dijalankan.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, projek yang bernilai RM50,000 itu merupakan salah satu daripada inisiatif di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan tersebut.

​Menurut beliau, projek ini dirancang khusus untuk memastikan infrastruktur di kawasan tumpuan ramai itu lebih teratur, sekali gus menyelesaikan isu saliran yang sering menjadi perhatian penduduk setempat sebelum ini.

​”Alhamdulillah, pelaksanaan projek ini telah dapat direalisasikan di bawah inisiatif RTP. 

“Ia merupakan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan pembangunan di kawasan luar bandar sentiasa diperkasakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

​Jelas Dayang Noorazah lagi, tujuan utama projek ini adalah untuk menambah baik sistem saliran serta menaik taraf bahu jalan bagi memastikan kawasan Pasar Lingga lebih selamat dan selesa untuk semua pihak, khususnya para peniaga kecil.

​Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Sri Aman yang bertindak selaku agensi pelaksana bagi projek tersebut.

​Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh pihak DID Sri Aman dalam memantau serta memastikan kualiti kerja berada pada tahap terbaik amat dihargai demi kepentingan rakyat di konstituensi Lingga.

​Beliau berharap agar usaha ini terus memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti setempat serta menyokong agenda pembangunan infrastruktur luar bandar yang lebih mampan dan menyeluruh pada masa hadapan.

​

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Susulan runtuhan: Bangunan akan diroboh jika tidak selamat
Next: Pelajar SK Kabo Ulu kembali ke sekolah Mac ini, susulan siapnya jambatan gantung baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.