Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hamzah Zainudin dipecat daripada Bersatu
  • NASIONAL

Hamzah Zainudin dipecat daripada Bersatu

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dipecat dari parti itu berkuat kuasa hari ini.

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat daripada Bersatu berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan berkata Majlis Pimpinan Tertinggi dimaklumkan bahawa Lembaga Disiplin telah memutuskan bahawa Hamzah dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana tindakan Ahli Parlimen Larut tersebut melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan parti berkenaan.

Hamzah menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti itu bagi 2024 hingga 2027 selepas tiada pihak yang mencabarnya pada Oktober 2024.

Bersatu dilanda krisis dalaman yang menyaksikan perpecahan antara kem Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Hamzah yang masing-masing dilaporkan mendesak pengunduran satu sama lain.

Konflik itu memuncak selepas Muhyiddin meletak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, sekali gus membuka ruang kepada pertempuran kuasa dalaman yang jelas terbahagi kepada dua kem utama.

Pada November tahun lepas, Hamzah dilaporkan berkata Muhyiddin akan menyerahkan jawatan presiden parti apabila beliau bersedia.

Pergolakan dalaman Bersatu sejak kebelakangan ini dilaporkan berhubung usaha untuk meletakkan Hamzah sebagai presiden parti.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan sebelum ini dipecat daripada parti kerana didakwa terbabit dalam isu itu dan mengeluarkan rakaman audio prosiding lembaga disiplin Bersatu terhadapnya pada 3 November sebagai bukti yang kononnya menyokong dakwaan bahawa Hamzah menjadi sasaran yang sebenar.

Semalam, media melaporkan, 17 ketua bahagian Bersatu dan kepimpinan parti itu di Johor mendesak supaya Hamzah dipecat daripada jawatan serta keanggotaannya dalam parti.

Hari ini pula, sebanyak 16 Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan terhadap gesaan Ketua Whip Dewan Rakyat Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee supaya Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Presiden parti itu dengan segera. – Bernama

Continue Reading

Previous: Beri ruang jawatankuasa khas siasat isu Azam Baki – PM Anwar
Next: Bantuan SARA RM100 jadi pemangkin ekonomi anak muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.