Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wilfred Yap santuni petugas kesihatan, raikan Tahun Baharu Cina di Kota Sentosa
  • TEMPATAN

Wilfred Yap santuni petugas kesihatan, raikan Tahun Baharu Cina di Kota Sentosa

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin mengagihkan angpau dan buah limau kepada pesakit di Klinik Kesihatan Kota Sentosa, hari ini.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin telah merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 yang diadakan di Klinik Kesihatan Kota Sentosa dalam satu sambutan yang menghimpunkan petugas kesihatan, pesakit serta anggota komuniti setempat, hari ini.

Yap merakamkan penghargaan kepada para doktor, jururawat dan petugas kesihatan barisan hadapan atas dedikasi serta pengorbanan mereka dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan penduduk Kota Sentosa.

“Tahun Baharu Cina adalah masa untuk pertemuan semula, kesyukuran dan harapan. Ketika ramai yang menyambut bersama keluarga, petugas kesihatan kita terus berkhidmat tanpa mementingkan diri.

“Komitmen mereka mencerminkan semangat sebenar keprihatinan dan kasih sayang,” katanya.

Yap menegaskan bahawa komuniti yang sihat merupakan asas kepada masyarakat yang kukuh dan makmur.

Beliau turut menzahirkan komitmen berterusan untuk menyokong inisiatif kesihatan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa serta menekankan bahawa akses kepada perkhidmatan perubatan berkualiti mesti kekal sebagai keutamaan.

Dalam majlis tersebut, Yap turut meluangkan masa menyantuni pesakit dan kakitangan klinik, menyampaikan ucapan perayaan serta mengagihkan angpau dan buah limau sebagai tanda muhibah, penghargaan dan galakan.

Majlis itu bukan sahaja meraikan musim perayaan, tetapi juga mengeratkan hubungan antara komuniti kesihatan dan masyarakat, sekali gus memperkukuh nilai perpaduan, keprihatinan, dan saling menghormati.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: ​Semangat perpaduan terserlah dalam program gotong-royong Tanah Perkuburan Islam Kabong
Next: ​KRT Tanjung Engkabang agih bakul makanan, bantu persediaan Ramadan 40 ahli

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.