Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 308 kes direkod sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina
  • TEMPATAN

308 kes direkod sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 10 hours ago
TINJAUAN… Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin ketika meninjau harga barang sempena Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2026 di Pasar Raya Farley di Sibu, hari ini.

SIBU: Sebanyak 15,700 premis di seluruh Sarawak telah diperiksa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri bagi tempoh 1 Januari hingga 10 Februari lepas, dengan 308 kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah undang-undang kawalan harga dan perdagangan direkodkan.

Pengarahnya, Matthew Dominic Barin berkata, dalam tempoh itu, barangan bernilai RM887,867.24 telah disita manakala kompaun berjumlah telah RM67,700 dikeluarkan.

“Selain itu, di bawah pelaksanaan Ops Kesan 5.0, sebanyak 79 notis pengesahan maklumat barangan melibatkan 352 SKU (unit simpanan stok) telah dikeluarkan dan tujuh notis bertulis melibatkan 11 SKU barangan turut dikeluarkan,” katanya pada sidang media sempena Program Tinjauan dan Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2026 di Pasar raya Farley di sini, hari ini.

PENGARAH KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin ketika menyempurnakan Program Tinjauan dan Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2026 di Pasar Raya Farley di Sibu, hari ini.

Menurutnya, KPDN akan terus memperketatkan penguatkuasaan menerusi pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina 2026 yang berkuat kuasa selama sembilan hari bermula hari ini hingga 21 Februari.

“Sebanyak 16 barangan keperluan telah diwartakan di bawah senarai harga terkawal sepanjang tempoh perayaan ini, termasuk ikan bawal putih, bawang putih, bawang besar, cili merah, sawi Jepun, kubis import, lobak merah, kentang dari China, halia tua, kepak ayam serta beberapa bahagian daging khinzir.

“Semua barangan terkawal diwajibkan menggunakan tanda harga berwarna merah jambu,” katanya.

Menurutnya, skim itu dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, melibatkan kawalan di peringkat pemborong dan peruncit.

“Pelaksanaan skim itu bertujuan mewujudkan situasi menang-menang antara peniaga dan pengguna serta memastikan suasana perniagaan yang adil, beretika dan terkawal sepanjang musim perayaan.

“Bagi memastikan pematuhan, seramai 207 pegawai penguatkuasa dan 101 pegawai pemantau harga digerakkan di seluruh Sarawak untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di pasar awam, pasar tani, pasar tamu serta premis pasar raya dan pusat beli-belah,” katanya.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

“Bagi kesalahan menjual melebihi harga kawalan, individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000.

“Bagi kesalahan gagal mempamerkan tanda harga khas pula, individu boleh didenda sehingga RM10,000 manakala syarikat sehingga RM20,000,” tegasnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak salur RM5.1 juta sumbangsih sempena perayaan, hargai anggota beruniform
Next: Pengamal media Sarawak digesa pertahankan kepentingan negeri melalui pelaporan adil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.