Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • SPRM akan buru orang tengah secara agresif, tangani pandemik rasuah dalam kerajaan
  • JENAYAH

SPRM akan buru orang tengah secara agresif, tangani pandemik rasuah dalam kerajaan

Utusan Sarawak 8 hours ago

GENTING HIGHLANDS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memburu secara agresif ejen, orang tengah serta pelobi yang menjadi penggalak utama kepada pandemik rasuah dalam agensi kerajaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata ia termasuk mereka yang terlibat dalam kartel perolehan kerajaan serta kegiatan membawa masuk pekerja asing secara tidak sah.

“Pada tahun ini, kita akan ubah pendekatan kita untuk menekan ejen dan juga orang tengah ini.

“Saya akan fokus pada perkara itu dan saya akan berusaha keras untuk menghentikan rasuah dalam agensi penguatkuasaan ini ,cukup-cukup kita akan ajar mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Bengkel Kewartawanan: Memahami Peranan SPRM Dalam Usaha Memerangi Rasuah di sini, hari ini.

Ahmad Khusairi berkata dorongan orang tengah adalah punca utama kegiatan rasuah dalam urusan kerajaan dan mereka mendapat keuntungan lebih daripada penjawat awam yang terlibat.

Mengambil contoh sindiket membawa masuk pekerja secara haram, beliau berkata, ejen kebiasaannya mendapat bayaran sehingga RM5,000 sedangkan pegawai imigresen hanya RM1,000, yang sekali gus membangkitkan persoalan sama ada berbaloi bagi penjawat awam merosakkan kerjaya mereka dengan terlibat dalam kegiatan tersebut.

Beliau berkata orang tengah juga dipercayai menjadi punca kepada kegiatan rasuah yang berterusan, meskipun pelbagai langkah pencegahan dan penguatkuasaan tegas diambil kerajaan dan SPRM sejak kebelakangan ini.

“Kita akan memastikan mereka bankrap terus dan tidak boleh jalankan apa-apa bentuk perniagaan di negara ini, ini ketegasan kami,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pemilik Saham: Azam Baki bersedia sepenuhnya untuk disiasat
Next: Padah jadi ‘tekong darat’, lelaki tempatan ditahan cuba seludup migran keluar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.