Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lelaki tidak sedarkan diri di atas kren setinggi 54 meter
  • TEMPATAN

Lelaki tidak sedarkan diri di atas kren setinggi 54 meter

Utusan Sarawak 9 hours ago
DETIK cemas apabila lelaki tidak sedarkan diri di atas kren tinggi 54 meter.

KUCHING: Seorang lelaki berusia 41 tahun berdepan detik cemas apabila dipercayai tidak sedarkan diri ketika berada di atas sebuah kren pembinaan setinggi kira-kira 54 meter di kawasan Tunku Putra-HELP School, The Northbank, Jalan Kuching Samarahan Expressway, Tabuan Jaya malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.16 malam.

Menurut beliau, maklumat awal yang diterima daripada pengurus tapak pembinaan memaklumkan mangsa sepatutnya turun dari kren berkenaan sekitar 5.00 petang.

“Namun selepas beberapa kali cuba menghubungi mangsa tanpa sebarang jawapan, pihak pengurusan bertindak menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ketika pasukan bomba tiba, mangsa dipercayai tidak sedarkan diri dan masih berada di bahagian atas kren.

Perkembangan lanjut mengenai keadaan mangsa dan tempoh operasi akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera, lori terbabas di Sungai Maong
Next: Kerajaan Sarawak salur RM5.1 juta sumbangsih sempena perayaan, hargai anggota beruniform

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.