Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mayat lelaki jatuh dari Jambatan Lutong ditemui pagi tadi
  • Utara
  • WILAYAH

Mayat lelaki jatuh dari Jambatan Lutong ditemui pagi tadi

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGKAT… Mayat mangsa diangkat ke dalam bot sebelum di bawa ke Pos Kawalan Bomba (PKOB). Foto JBPM

MIRI: Kehilangan seorang lelaki yang dipercayai jatuh ke dalam sungai dari Jambatan Lutong, Kampung Pangkalan di sini akhirnya terjawab apabila mayat mangsa ditemui pagi tadi.

Mayat mangsa dijumpai pada 7.10 pagi kira-kira 1.3 kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKOB) dan satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Mangsa, Jackson Dian Bobbry Ganing, 32, sebelum itu dilaporkan jatuh ke dalam sungai kira-kira 12.48 tengah hari pada Rabu sebelum tenggelam dan dihanyutkan arus.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, mayat mangsa tiba di PKOB pada 7.48 pagi sebelum pengecaman dibuat ahli keluarga pada 8.12 pagi.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.30 pagi,” katanya.

Operasi melibatkan tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera FRT, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah bot.

Turut terlibat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Sarawak Coast Guard.

Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Difahamkan, mangsa mempunyai sejarah masalah kesihatan mental.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program audit tahunan JKKK perkukuh tadbir urus pentadbiran kampung di Sarawak
Next: Blok bangunan kedai di Jalan Pahlawan mendap satu meter, orang ramai dilarang hampiri lokasi kejadian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.