Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Rentak Arsenal dalam perebutan kejuaraan tergugat
  • SUKAN

Rentak Arsenal dalam perebutan kejuaraan tergugat

Utusan Sarawak 6 hours ago
ARSENAL sekadar seri 1-1 ketika berdepan Brentford. Foto AFP

LONDON: Arsenal gagal melebarkan kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris selepas sekadar seri 1-1 menentang Brentford, sekali gus memberi nafas baharu buat Manchester City dalam perebutan kejuaraan.

Noni Madueke meletakkan pelawat di depan pada minit ke-60, namun tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Keane Lewis-Potter.

Keputusan itu menyaksikan Arsenal kini hanya empat mata di depan City dan masih perlu bertandang ke gelanggang pencabar terdekat itu dalam baki 12 perlawanan musim ini.

Brentford yang menghuni tangga ketujuh pula terus mengintai slot Eropah buat kali pertama.

Arsenal bernasib baik tidak tewas apabila David Raya cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya, termasuk tandukan Igor Thiago.

The Gunners yang memburu gelaran liga pertama dalam tempoh 22 tahun terpaksa berpuas hati dengan satu mata, sekali gus membuka kembali persaingan kejuaraan. – AFP

Continue Reading

Previous: Arsenal perlu sekat ‘gangguan luar’ dalam perebutan gelaran – Rice
Next: BAM sahkan Pei Kee hantar surat letak jawatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.