Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Luxury, Ops Gempur: JPJ Kuching sita lapan kenderaan termasuk tiga kereta mewah
  • JENAYAH

Ops Luxury, Ops Gempur: JPJ Kuching sita lapan kenderaan termasuk tiga kereta mewah

Utusan Sarawak 4 hours ago
SITA… Antara kenderaan yang disita selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tidak memiliki perlindungan insurans yang sah dalam operasi bersepadu JPJ di sekitar bandar raya Kuching, hari ini. Foto JPJ Negeri Sarawak

KUCHING: Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kuching menjalankan operasi sekitar bandar raya ini menerusi Ops Luxury dan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan yang dilaksanakan secara rondaan, pemantauan serta sekatan jalan raya statik, hari ini.

Operasi bersepadu itu turut melibatkan penguatkuasaan statik di Jalan Datuk Bandar Mustapha bagi kedua-dua hala laluan, dengan tumpuan terhadap pematuhan undang-undang jalan raya oleh kenderaan perdagangan dan persendirian.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 598 kenderaan diperiksa melibatkan pelbagai kategori termasuk kenderaan perdagangan dan kenderaan persendirian.

SITA… Antara kenderaan yang disita selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tidak memiliki perlindungan insurans yang sah dalam operasi bersepadu JPJ di sekitar bandar raya Kuching, hari ini. Foto JPJ Negeri Sarawak

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan dikesan antaranya memandu tanpa lesen, tiada Lesen Vokasional (GDL), pemalsuan dokumen serta pelbagai kesalahan teknikal membabitkan keadaan dan spesifikasi kenderaan yang tidak mematuhi peraturan.

Sebanyak lapan kenderaan turut disita atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh selain tidak memiliki perlindungan insurans yang sah.

Kenderaan yang disita melibatkan satu motosikal, lima motokar termasuk tiga kenderaan mewah, jip dan lori.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya tanpa mengira jenis atau kategori kenderaan.

“Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang sentiasa berada pada tahap optimum demi keselamatan semua pengguna jalan raya,” menurut kenyataan itu.

Operasi seumpama ini akan diteruskan secara berkala sebagai langkah pencegahan dan pendidikan, di samping memperkukuh integriti serta tadbir urus penguatkuasaan jalan raya di negeri ini.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki 18 tahun maut, disyaki dibunuh di rumah sewa Lundu
Next: Lelaki tempatan ditahan miliki dadah di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.