Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Timbalan KPN tinjau sempadan Malaysia-Indonesia di Ba’kelalan
  • SEMASA

Timbalan KPN tinjau sempadan Malaysia-Indonesia di Ba’kelalan

Utusan Sarawak 4 hours ago
PINTU NEGARA… Timbalan KPN, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sempat merakam gambar kenangan di sempadan Malaysia/Indonesia di Ba’kelalan dan Long Bawan.

LAWAS: Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke Ba’kelalan, di sini bersama delegasinya, baru-baru ini.

Rombongan disambut oleh Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, bersama pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas serta Kompeni C, Batalion 12 PGA Limbang serta pegawai dan anggota Pos Pasukan Gerakan Am (PGA)Ba’kelalan.

Ketibaan rombongan dengan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Padang Terbang Ba’kelalan. Sejurus tiba, bacaan doa disempurnakan oleh anggota Pos PGA Ba’kelalan di Padang Terbang sebelum Timbalan KPN dan delegasi bergerak ke Pos PGA Ba’kelalan menggunakan kenderaan pasukan.

Semasa berada di Pos PGA, Timbalan KPN menerima taklimat daripada Ketua Pos PGA Ba’kelalan dan mengadakan tinjauan di dalam pos. Selesai tinjauan, diadakan sesi bergambar di hadapan Pos PGA bersama pegawai dan anggota pos.

BINCANG…  Timbalan KPN, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay kelihatan membincangkan sesuatu dengan DCP Dato’ Mohamad Suzrin dan DSP Liong Tindan.

Beliau dan delegasi seterusnya bergerak ke sempadan Malaysia-Indonesia (Ba’kelalan/Long Bawan) untuk tinjauan dan lawatan di sempadan, diikuti lawatan ke Pos Kawalan Imigresen Ba’kelalan. DSP Liong telah memberi sesi taklimat kepada Timbalan KPN di pos tersebut.

Rombongan kemudiannya melakukan tinjauan dekat di Pos Kawalan Imigresen sebelum bergerak ke Pos GABMA Tentera Malaysia-Indonesia (ATM-TDM/TNI) Ba’kelalan.

Rombongan terdiri daripada Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA), Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, SAC Ku Mashariman Ku Mahmood dan Komander Briged Sarawak PGA, SAC Lim Bak Phai.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan negeri, sektor swasta perlu bertanggungjawab tambah hotel, wujudkan pasar malam kekal di Sarawak
Next: Tarikh lihat anak bulan Ramadan 17 Februari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.