Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki 33 tahun ditahan miliki syabu dalam Op Tapis Khas IPD Betong
  • JENAYAH

Lelaki 33 tahun ditahan miliki syabu dalam Op Tapis Khas IPD Betong

Utusan Sarawak 6 hours ago
LELAKI tempatan berusia 33 tahun ditahan polis dalam satu serbuan Op Tapis Khas di sekitar kawasan Betong, hari ini. Foto IPD Betong

BETONG: Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong dalam satu serbuan Op Tapis Khas di sekitar kawasan Betong, hari ini.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata, tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota BSJN yang diketuai Sarjan Rapian hasil risikan dan pemantauan berterusan terhadap kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah berkenaan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas suspek telah membawa kepada penemuan dua tiub straw lutsinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu.

“Anggaran berat keseluruhan dadah yang dirampas adalah kira-kira satu gram dan dipercayai untuk kegunaan sendiri. Suspek kemudiannya ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara jika sabit kesalahan.

DSP Wan Mohamad Ali menegaskan bahawa Op Tapis Khas akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah Betong.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya bekerjasama menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan dadah melalui Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di 017-592 9211 bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti terus terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PGA Sarawak rampas peranti, cecair rokok elektronik bernilai RM1.32 juta
Next: Lelaki 18 tahun maut, disyaki dibunuh di rumah sewa Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.